LABEL STREETWEAR PHANTACI OLEH JAY CHAU KINI DI KL



PHANTACi, jenama pakaian jalanan (streetwear) yang diasaskan oleh Raja Pop Mandarin, Jay Chau kini tiba di Malaysia.

Kedai dua tingkat yang terletak di kawasan Bukit Bintang menawarkan pelbagai pakaian, kasut dan aksesori yang tehasil dari cetusan ilham penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Taiwan tersebut.

Ia mengekalkan semangat "Never Give Up" yang sinonim dengan perjalanan seni Jay Chau sejak jenama ini diasaskan pada tahun 2006.

Jenama PHANTACi juga terkenal dengan kolaborasi bersama jenama terkemuka yang lain seperti NIKE, NEW BALANCE, WHIZ, FELICITY, HELLO KITTY, CASIO, CLOT+DISNEY, BE@RBRICK, EVA (Evangelion), MOTOROLA, Zhang Huimei, AMEIZING, Sprite, Transformed Steel, GUNDAM, dan sebagainya.

Sebagai anak seni, bakat Jay Chau tidak hanya bertumpu kepada nyanyian dan lakonan. Apa yang diterapkan di dalam rekaannya adalah visi yang mendalam untuk mengembangkan gaya jalanan kepada semua penggemar-penggemar fesyen dan juga peminat-peminatnya.











PHANTACi Kuala Lumpur 
Alamat: No. 29, Jalan Berangan,
50200 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Perniagaan: 12pm - 8 malam



Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman FB PHANTACi Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6

KEINDAHAN ORKID DI RESORTS WORLD AWANA: FESTIVAL BUNGA 2026 KINI BERMULA!