L’ORÉAL PARIS LANCAR GINCU COLOR RICHE MATTE



Sentuhan akhir yang sempurna dengan sebarang gaya mekap, tidak kira siang atau malam, sudah pastinya gincu bibir. Gincu matte tidak akan ketinggalan zaman dengan daya tahan serta kemasan tidak melekat yang hebat.

Namun bukan semua wanita sukakan calitan yang berkapur dan tidak sekata, yang bukan sahaja menjadikan bibir kelihatan berkeping-keping malah membuatkan senyuman anda kelihatan pudar tidak berseri! L’Oréal Paris Cosmetics merentas sempadan dan melebihi jangkauan dengan Matte Obsession, gincu matte yang paling berani tetapi juga paling lembap sehingga kini!

Menampilkan pembungkusan matte berwarna hitam seakan kulit yang baharu, setiap sapuan Matte Obsession akan membuatkan anda merasa penuh glamor dan seksi kerana anda berhak mendapat hanya yang terbaik. Bekas yang anggun dan menawan mengandungi formula yang licin dan dipenuhi dengan pigmen asli untuk bibir yang menawan.

Diperkaya dengan minyak jojoba dan Camelia, Gincu Color Riche Matte Lipstik membolehkan anda merias bibir dengan fesyen matte tanpa rasa bibir kering.


Pilih daripada warna-warna idaman seperti Peachy Brown, Vin de Fantasme, Plum Mannequin, Chocolat Rouge, Ruby D'oeuvre, Cherry Crush, Spring Rosette, Black Cherry, Beige Couture dan Raspberry Syrup. 

Bukan itu sahaja - L'Oréal Paris Cosmetics juga menambah 18 warna baharu yang menarik pada koleksi 25 warna sedia ada! Dengan lebih banyak pilihan, anda boleh tampil berani atau tona neutral, gelap atau pastel, personaliti nakal atau baik, dengan hanya satu calitan!

Dari Rose Nuance hingga Sleek Dominance ke Divine Mocha dan banyak lagi, anda pasti akan rambang mata untuk membuat pilihan.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024