MIDNIGHT FUSIC LANCAR EP - 'WHEN LOVE WAS AROUND'



Dengan sukacitanya Midnight Fusic mengumumkan bahawa mini album (EP) pertama mereka, 'When Love Was Around' akan berada di pasaran pada 20 Julai 2018.

'When Love Was Around' adalah EP pertama kumpulan rock alternatif asal Petaling Jaya ini. Ia mengandungi dua single, 'When Love Was Around' dan 'Flowers'. Kedua-dua lagu ini di keluarkan selepas kejayaan dua single Midnight Fusic yang di keluarkan tahun lalu- 'Heart of May' yang telah berjaya menduduki tempat tertinggi di carta Hitz.fm MET10 dan 'Lovesick' yang telah mendapat lebih daripada separuh juta putaran di Spotify.



EP berisi enam lagu ini telah dirakam di Jakarta pada bulan Mac lalu, sebaik sahaja selepas 'Lovesick' dikeluarkan. Anak-anak muda berbakat ini telah mula menulis lagu-lagu untuk EP ini sejak hujung tahun lalu, di sela-sela waktu semasa menduduki peperiksaan SPM dan IGSCE.

Nama-nama empat sekawan ini – pengasas kugiran Raja Arif Aizuddin, pemain gitar dan vokalis serta Adrian Danial, pemain gitar utama, bersama Firdaus Azmi, pemain bass dan Muaz Rabbani, pemain dram, sedang meningkat naik di arena muzik alternatif dan indie rock rantau ini.

‘When Love Was Around’ adalah tajuk yang tepat untuk EP ini kerana ia mengandungi kisah-kisah cinta, perpisahan, dan keinginan yang berlatar belakangkan irama lembut tetapi menyengat, dan petikan gitar penuh melodi dengan sentuhan funk.



EP ‘When Love Was Around’ adalah kesan katarsis yang nyata, penzahiran kebenaran yang berbuah daripada kesedihan dan kekecewaan. Walaupun menceritakan tentang ketakutan eksistensial, ia mudah untuk didengari.

Lagu pertama yang juga tajuk EP ini, menceritakan tentang dua hujung berbeza kenyataan dan kecelaruan dalam percubaan menghadapi kisah perit masa lalu. Ia menyediakan mood untuk seluruh album ini dengan lagu seterusnya,

'Off My Mind' yang menceritakan rasa pedih cinta tidak berbalas. "Kadangkala, kita jatuh cinta terlalu cepat. Kadangkala, kita berubah fikiran terlalu pantas. Dan ada hari yang kita rasa seperti kita bertepuk sebelah tangan," kata Arif tentang lagu 'Off My Mind.'

Lagu keempat, 'Flowers' menyelami tema kebimbangan dan ketidaktetapan. "Ia lagu yang gelap," kata Arif. "'Flowers' adalah tentang hal-hal yang 'tak mampu dilihat' dan dan 'tak mampu didengari' dari sudut pandang seseorang yang mengalami kemurungan. 'Time Machine,' lagu penutup EP ini diinspirasikan oleh sebuah perbualan tentang keinginan mencari sebuah mesin waktu untuk mengubah sesuatu, terutama sekali hal-hal yang dikesali.



Lagu-lagu penting seperti 'Lovesick’, ‘Off My Mind’ dan ‘When Love Was Around’ menunjukkan kebolehan kugiran ini menceritakan emosi mereka hanya dengan sebaris lirik atau serangkai nota muzik.

Dengan menyelitkan unsur kekuatan dalam kerapuhan, jelas sekali mereka tidak tunduk kepada keperluan untuk sentiasa membuat lagu-lagu berunsur maskulin. Dalam lagu-lagu ini juga dapat didengari unsur-unsur eklektik muzik kumpulan The 1975, The Neighbourhood, dan The Smiths.

"Tak ada apa yang dapat mengatasi rasa puas hati kami apabila kami dapat berhubung dengan para pendengar terutama sekali dari segi emosi melalui lirik dan lagu kami," kata Arif tentang EP ini.

"Benar, harapan kepada EP ini agak membebankan tapi kami menerimanya kerana tekanan ini akan membuatkan kami berusaha lebih keras lagi. Kami sentiasa cuba memberikan 100% kepada para pendengar dan peminat kami dan kami sangat berterima kasih kepada mereka untuk sokongan yang mereka berikan. Kami sungguh terharu."



Midnight Fusic telah membuat persembahan di We The Fest 2018, sebuah festival muzik yang berlangsung selama tiga hari di Jakarta bersama artis-artis SONY Music lain seperti Alt-J, Miguel, SZA, dan The Neighbourhood. Persembahan Midnight Fusic telah berlangsung pada 22 Julai.


Dengarkan EP ‘When Love Was Around’ Midnight Fusic di: https://lnk.to/WhenLoveWasAroundEP

Senarai lagu:
1. When Love Was Around
2. Off My Mind
3. Heart Of May
4. Flowers
5. Lovesick
6. Time Machine

IKUTI MIDNIGHT FUSIC DI MEDIA SOSIAL
Facebook – www.facebook.com/midnightfusic
Twitter – www.twitter.com/midnightfusic
Instagram – www.instagram.com/midnightfusic
Soundcloud – www.soundcloud.com/midnightfusic

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?