MURAL LEGO TUN M AND TUN SITI @ PAMERAN “SAYANGI MALAYSIAKU”



CAROUSELL sedang mengadakan sebuah pameran seni LEGO sempena sambutan Hari Kemerdekaan dengan kerjasama Republic of Bricks (ROB) dan pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Pameran tersebut telah dilancarkan pada 30 Ogos di Sunway Pyramid dan menampilkan lebih 20 karya seni LEGO dalam format mosaik dan mural.


Turut dipamerkan adalah mural dengan wajah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang pastinya menjadi tumpuan sepanjang pameran berlangsung.


Uniknya mural ini adalah ia menampilkan kedua-dua wajah Tun Mahathir dan juga Tun Siti Hasmah, tetapi bergantung kepada sudut pandangan. Dilaporkan 166,888 butir LEGO telah digunakan untuk membuat potrait orang-orang kenamaan di pameran tersebut. 9,216 butir LEGO telah digunakan untuk membina mural Tun M dan Tun Siti.


Pada sepanjang pameran juga, orang ramai boleh menyaksikan aktiviti-aktiiviti bertemakan LEGO yang dijalankan oleh ROB, komuniti pembangunan LEGO.


Pamera LEGO "Sayangi Malaysiaku"
Tarikh: Khamis, 30 Ogos hingga Ahad, 2 September 2018
Masa: 10:00pagi – 10:00malam
Lokasi: LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid.


Untuk maklumat lanjut, sila layari FB Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau muat turun app Carousell app dari Apple Store atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME