PEREKA LANDSKAP MALAYSIA MERAIH ANUGERAH DI SGF 2018


Pereka Landskap Malaysia Inch Lim, pengasas Inchscape, mengekalkan gelaran 'Pertunjukan Terbaik' dalam kategori kompetitif taman landskap 2016 di Festival Taman Singapura (SGF) 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Inch juga turut merangkul anugerah Emas dan Hortikultur Cemerlang daripada pertandingan ini. Festival taman ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang minat dalam berkebun dan melibatkan masyarakat untuk bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk mengekalkan konsep 'Garden City'.


Bertemakan ‘The Wild and The Restless’, taman cipatan Inch seluas 80 sqm meraikan keindahan tumbuhan tepi jalan. Ia menggunakan banyak tumbuhan liar yang asli atau tumbuhan eksotik yang berasal dari tempat-tempat seperti benua Amerika yang menjadi tumbuhan tepi jalan di Asia Tenggara.

Semua bahan tumbuhan yang digunakan adalah tumbuhan tropika dan boleh bertahan serba tersebar tanpa bantuan manusia. Inch Lim merupakan pereka landskap terkenal di Malaysia dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang ini.


Dia mempunyai ilmu yang tinggi dalam tumbuhan-tumbuhan tropika, idea yang inovatif, pemahaman yang luas dalam hubungan ruang dan bentuk seni budaya menjadikan beliau pereka yang disanjung tinggi.

Inch berkata, “Saya sentiasa menekankan tentang pemahaman mengenai hubungan ruang disamping memberi tumpuan yang sama terhadap tanggungjawab kepada alam sekitar dan ekologi”.

Beliau mendapat pelbagai penghargaan di peringkat antarabansa seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura, Sri Lanka dan Malaysia dimana hasil rekaan beliau diterbitkan secara meluas diperingkat antarabangsa.

'Saya amat berbesar hati atas pengiktirafan yang diberikan dimana tema yang saya pameran tahun ini adalah sesuatu yang sangat dekat dalam hati saya. Ia merupakan hasil daripada kreativiti dan pengetahuan yang disatukan bagi memastikan idea yang dilaksanakan tampak lebih hidup dan luar biasa, dan saya turut berbangga apabila orang ramai menghargai hasil rekaan.”


Festival Taman Singapura adalah acara dwi-tahunan yang dilihat sebagai antara acara bunga dan taman terkenal diperingkat antarabangsa. Ia adalah pertunjukan pertama yang menyatukan pereka landskap dan taman pemenang penghargaan, penjual bunga dan hortikultur dari seluruh dunia untuk bekerjasama bersama hortikultur berbakat tempatan.

Acara tahun ini menyaksikan lebih daripada 40 pereka landskap terbaik dunia menghasilkan pameran terbaik mereka untuk dipamerkan di taman 'Landskap dan Fantasi'.

Antara pesaing adalah Andy Sturgeon dan Jim Fogarty (UK & Australia), Chang Huai-Yan dan Ng Sze Oun (Singapore), Emily dan Mark Cook (USA), Gregory Cazeaux dan Margeurite Ribstein (France), John Tan (Singapore), Kate Gould (UK), Katsuhiko Koga dan Kazuhiro Kagae (Japan), Leon Kluge (South Africa) dan ramai lagi.

Pautan berkenaan:
Inchscape: www.inchscape.com.my
SGF 2018: www.singaporegardenfestival.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"