PREMIERE ASIA - SWAN LAKE OLEH BALLET WEST UK


Buat pertama kalinya di Malaysia dan Asia, kumpulan tarian balet profesional dari UK, Ballet West UK bakal menghidupkan persembahan balet ikonik Tchaikovsky - Swan Lake di Genting International Showroom di Resorts World Genting.

Dengan enam persembahan yang bakal dipentaskan dari 24-26 Ogos, Ballet West UK menjanjikan satu persembahan tarian balet yang hebat, diterajui penari solo,  Jonathan Barton, Natasha Wilson dan Uyu Hiromoto.


Berpengalaman 28 tahun, Ballet West UK telah berjaya mementaskan banyak persembahan tarian balet dalam lebih 40 negara, di UK, Europe dan China, termasuk Swan Lake di Scotland, Romeo & Juliet di China dan Nutcracker di China.


Bersedialah untuk dipesona oleh tarian balet klasik Swan Lake dalam persembahan 150 minit (termasuk waktu rehat) dengan iringan irama lagu klasikal yang memukau.

Swan Lake by Ballet West UK dipersembahkan oleh The Dance Company.


Dapatkan tiket anda sekarang dengan harga RM388 dan ke atas di  www.rwgenting.com.

Comments

Popular Posts