PROMOSI SAJIAN TIMUR TENGAH @ HILTON KL



Hilton Kuala Lumpur bakal membawakan pelbagai citarasa antarabangsa ke untuk dinikmati oleh para pengunjung restoran Vasco’s. Pengembaraan santapan dimulakan dengan makanan dari Timr Tengah!


Boleh dinikmati mulai 20 - 31 Ogos 2018, untuk makan tengahanari dan malam, Vasco’s bakal menyajikan pelbagai masakan istimewa Timur Tengah seperti  Hummus, Kambing Okra, nasi Kabsa dan banyak lagi.


Keaslian masakan Timur Tengah terpelihara dengan kehadiran dua chef undangan yang didatangkan khas dari Waldorf Astoria Ras Al Khaimahuae hotel ke Hilton KL iaitu Chef Issa Esber Bashi dan Chef Navneet M. Mathew.



Kedua-dua chef  undangan, Chef Issa dan Chef Navneet mempunyai latarbelakang yang hampir sama di mana mereka gemar memasak sejak dari kecil sehingga menjadikan memasak sebagai kerjaya sehingga hari ini.


Sempena promosi masakan Timur Tengah di Hilton KL, para pengunjung di Vasco's bakal dihiburkan dengan tarian yang tidak asing lagi dalam budaya Timur Tengah iaitu tarian gelek.



Persembahan tarian gelek bakal diadakan pada malam-malam terpilih sahaja sempena promosi masakan Timur Tengah.

Promosi sajian Timr Tengah:
Boleh didapati pada hari Isnin - Ahad
Makan Tengahari: 12:00pm – 2:30pm; RM 132 nett
Makan Malam: 6:30pm – 10:30pm; RM 170 nett

Jadual persembahan tarian gelek untuk makan malam:
24 Ogos (Jumaat)
25 Ogos (Sabtu)
30 Ogos (Khamis)
31 Ogos (Jumaat, Cuti Umum)

Masa untuk persembahan tarian gelek:
Slot 1 - 7.30pm to 7.50pm
Slot 2 – 8.15pm to 8.40pm

Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 2264 2264.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA