SEPUTAR MALAM GALA "EUROPE RAIDERS" DI HONG KONG



Malam Gala Tayangan PErdana Filem Europe Raiders telah berlangsung di pawagam UA Cine Times, Times Square, Hong Kong pada 17 Ogos lalu. Hadir memeriahkan majlis adalah dua teraju utama filem tersebut iaitu Tony Leung dan Tiffany Tang. Mereka disertai oleh pengarah filem tersebut Jingle Ma.

Filem ini adalah filem ketiga dalam siri Raiders selepas Tokyo Raiders (2000) dan Seoul Raiders (2005) Dalam filem ini Tony Leung sekali lagi memegang watak Mr. Lin Zaifeng, seorang bounty hunter yang sering dipanggil oleh badan-badan pengintip antarbangsa untuk menjejaki penjahat.

Kali ini dia terpanggil ke benua Eropah untuk mencari sebuah perisian rahsia "Hand of God" yang telah dicuri. Flem ini turut dibintangi oleh bekas penyanyi kumpulan EXO, Kris Wu dan model, Du Juan.

Menurut Jingle Ma, Tony Leung meluangkan masa selama 3 bulan untuk membuat persiapan filem yang penuh aksi dan lagak ngeri tersebut.

Diedarkan oleh TGV Pictures, Europe Raiders bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Ogos 2018.










Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL