TIPS BERSIAR-SIAR DI BULAN MERDEKA DENGAN WAZE
Tiada masa yang lebih sesuai berbanding bulan Ogos untuk meneroka Malaysia!
Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk perayaan Hari Kemerdekaan ke-61 dan meraikan era baru dalam sejarah kita, para ibu bapa boleh mengadakan lawatan penuh patriotik bersama anak-anak mereka untuk berkongsi warisan negara kita yang didapati di sekitar Kuala Lumpur.
Tetapi sesuatu perjalanan tidak akan lengkap tanpa Waze, aplikasi trafik dan navigasi berasaskan komuniti yang terbesar di dunia dan pembantu pemandu yang dipercayai rakyat Malaysia.
Waze merupakan sahabat perjalanan terbaik yang dapat membantu anda mencari laluan yang lebih pantas dan melindungi keluarga anda dari bahaya dan kesulitan ketika di jalan raya.
Destinasi 1: Muzium Negara
Mulakan hari anda dengan lawatan ke Muzium Negara dan kongsi bersama anak-anak anda kisah-kisah sejarah semula jadi Malaysia, zaman kolonialnya dan budaya-budaya berbeza yang membentuk negara majmuk ini.
Destinasi 2: Dataran Merdeka
Kemerdekaan Tanah Melayu isytiharkan di Dataran Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos, 1957. Kongsi kepentingan tapak bersejarah ini dan makna di sebalik perkataan "Merdeka" bersama anak-anak anda semasa anda bersiar-siar di sepanjang dataran ini.
Destinasi 3: Bangunan Sultan Abdul Samad
Tidak jauh dari Dataran Merdeka terletak Bangunan Sultan Abdul Samad, yang dindingnya menceritakan pelbagai kisah. Ia pada asalnya dibina sebagai pejabat pentadbiran kolonial British, dan ia juga pernah menempatkan Mahkamah-mahkamah Atasan Malaysia sebelum mereka dipindahkan ke Putrajaya.
Destinasi 4: Tugu Negara
Arca gangsa yang tinggi ini memperingati perjuangan untuk kebebasan yang berani semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya. Anak-anak anda boleh mempelajari tentang pengorbanan ini yang dibuat untuk membantu menubuhkan Malaysia yang mereka alami pada hari ini.
Destinasi 5: Dewan Parlimen Malaysia
Jelaskan bagaimana undang-undang digubal di Malaysia ketika anda membawa anak-anak anda di persekitaran Parlimen Malaysia, badan perundangan tertinggi di Malaysia.
Tip-tip Waze yang Menyeronokkan untuk Perjalanan Merdeka bersama Anak-anak Anda
Tip pertama Waze:
"Belum sampai lagi?" Elakkan soalan yang paling menjengkelkan bagi para ibu bapa dengan Pemanduan Terancang Waze! Perayaan Merdeka di Putrajaya pada tahun ini merupakan peluang yang baik untuk menangani isu ini.
Tahun ini merupakan kali pertama Dataran Merdeka tidak dipilih sebagai tempat perayaan Hari Merdeka, jadi elakkan kekeliruan dengan mencari maklumat lalu lintas terlebih dahulu menggunakan Waze.
Tip kedua Waze:
Biarkan anak-anak mengemudi anda! Tetapkan suara anak anda sebagai suara navigasi dengan membolehkan penyesuaian suara pada Waze.
Cuma klik Tetapan > Suara & bunyi > Panduan suara > Rakam suara baru.
Tip ketiga Waze:
Sesuaikan ciri Peringatan Anak di Waze jika ia sesuai dengan keperluan perjalanan anda. Ciri ini pertama kali dilancarkan untuk memaparkan peringatan bagi para ibu bapa agar mereka tidak melupakan anak-anak di dalam kereta sebaik sahaja tiba di destinasi.
Ciri ini boleh disesuaikan, bermakna para pengguna Waze boleh menetapkan peringatan untuk apa-apa sahaja sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi: peringatan untuk makanan ringan dan air, ataupun sesuatu yang perlu mereka lakukan selepas perjalanan panjang. Untuk menyesuaikan pemberitahuan ini, pergi ke Tetapan> Peringatan > Peringatan anak > Mesej khas.
Tip keempat Waze:
Luahkan perasaan anda di Waze!
Pergi ke Menu > (Klik) [nama anda] > Perasaan saya, dan biarkan anak-anak anda memilih avatar Waze anda untuk hari ini!
Comments
Post a Comment