[ALEXANDROS] LIVE IN KL 2018 – 22 SEPTEMBER @ KL LIVE



Band J-ROCK yang semakin meningkat naik dari Japan, [ALEXANDROS], bakal membuat konsert sulung pada 22 September (Sabtu) di KL Live, jam 8 malam. Kuala Lumpur ini adalah satu-satunya lokasi konsert ini di Asia Tenggara.

Kepada pemegang tiket VIP, anda berpeluang untuk bermesra dengan band [ALEXANDROS] dalam sesi bersama peminat yang ekslusif di mana anda boleh bertemu berbual, berselfie dan mendapatkan autograf di atas poster konsert daripada mereka. Anda juga mendapat keutamaan untuk masuk ke dalam dewan konsert.

[ALEXANDROS], dahulunya di kenali sebagai Champagne, adalah kumpulan rock empat ahli dari Jepun yang terkenal dengan muzik adunan alternatif dan hard rock dengan unsur pop punk dan emo dalam bahasa Jepun dan Inggeris. Populariti band ini meningkat mendadak apabila mereka diberi peluang menyanyikan lagu tema filem adaptasi anime ‘BLEACH’.

Band yang ditunuhkan dalam tahun 2007 ini dianggotai oleh Yoohei Kawakami (vokal da gitar), Hiroyuki Isobe (bass), Masaki Shirai (gitar) dan Satoyasu Shomura (dram).

[ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Toybox Projects; Ditaja oleh Inherit (Official Fashion Brand); Marion Crêpes Malaysia (Official Dessert); Red Bull (Official Energy Drink); Crypto Ninja (Official Blockchain Game), Pavilion Kuala Lumpur (Official Shopping Mall); Novotel Kuala Lumpur City Centre (Official Hotel); Rentak Sejuta (Official Online Media); M-Town (Official Media) and MTV Asia (Official Music Channel).


Harga tiket: RM438 (VIP Standing) / RM438 (VIP Seating) / RM268 (Zone A) / RM138 (Zone B). Harga tiket tidak termasuk yuran pengendalian.

Tiket-tiket boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811 (Kuala Lumpur).


Untuk maklumat lanjut sila layari:
https://www.toyboxprojects.com/alexandros-2018 https://www.facebook.com/ToyboxProjects

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

HOCK KEE MASUK FASA PERTUMBUHAN BAHARU DENGAN PELABURAN CREADOR FOUNDATION DAN CENSURIA SERTA PELANTIKAN BELLA ASTILLAH SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”