BABOR MELANCARKAN SKINOVAGE FORMULASI BARU

Babor, melalui pengedarnya Luxor Beauty World Sdn Bhd (LBW) telah melancarkan rangkaian produk kecantikan kulit SKINOVAGE serba baru, diformulasikan khas menggunakan epigenetik untuk membendung penuaan kulit.
Epigenetik, seperti diterangkan oleh Pengurus Besar LBW En Jeffrey Wong, merupakan satu bidang pengkajian tentang mekanisme biologi, yang mengaktifkan dan memadamkan gen-gen manusia.
"Kajian terhadap DNA telah menjadi lebih maju dalam dekad yang lepas, dan telah membuahkan perubahan yang besar dalam industri kecantikan. Pada hari ini, kajian epigenetik menunjukkan bahawa gen-gen di dalam badan kita tidak semestinya menentukan segalanya. Hanya 30 peratus daripada kadar penuaan kita ditentukan oleh gen-gen di dalam badan. 70 peratus yang selebihnya boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti diet, stres, pendedahan kepada cahaya matahari dan juga cara penjagaan kulit oleh setiap individu." Mr Wong juga berkata bahawa LBW sangat berbesar hati untuk melancarkan Babor SKINOVAGE bagi membantu para pelanggan untuk mengekalkan awet muda.
Dari kiri: Klaus Redomske, President & COO of Babor Asia Pacific bersama Jeffrey Wong, General Manager of Luxor Beauty World |
Berdasarkan penjelasan Pengurus Bahagian Pendidikan Babor International, Cik Fabienne Lindholm, rangkaian produk Babor SKINOVAGE diformulasikan menggunakan EpigenTech Power Peptide sebagai bahan utama.
Kata beliau, EpigenTech Power Peptide diformulasikan berdasarkan hasil kajian dalam sektor epigenetik. Tambah beliau, kajian ini menunjukkan sekiranya kita berjaya untuk kekalkan tempoh aktif ciri-ciri sel kulit yang baik, sel berkenaan akan menjadi lebih kuat, dan akan memperlahankan proses penuaan.
"Dalam proses inilah BABOR SKINOVAGE memainkan peranannya. EpigenTech Power Peptide yang terkandung dalam setiap produk SKINOVAGE menjamin supaya maklumat genetik yang bertanggungjawab untuk mengekalkan awet muda dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Sel kulit akan kekal muda dan aktif untuk lebih lama, dan menghasilkan sel yang lebih kuat, serta mencantikkan kulit," tambah Cik Lindholm.
Berkenaan rangkaian produk kulit berkenaan, beliau menerangkan bahawa BABOR SKINOVAGE merupakan satu rangkaian sistem kecantikan kulit yang terjamin, berdasarkan formulasi khas yang berkesan.
Ia merupakan penyelesaian untuk penjagaan kulit seharian bagi jenis kulit yang tertentu (berdasarkan faktor genetik diri) dan juga sebarang kondisi kulit (berdasarkan faktor persekitaran).
BABOR diformulasikan menggunakan produk SKINOVAGE yang berkenaan untuk disesuaikan kepada jenis kulit yang berbeza:
- MOISTURIZING - untuk kulit kering
- CALMING - untuk kulit sensitif
- BALANCING - untuk kulit kombinasi
- PURIFYING - untuk kulit yang berminyak
- VITALIZING - untuk kulit yang kelihatan tidak bermaya
Langkah 1 & 2: Pencucian dengan e.g. HY-ÖL dan Phytoactive dengan BABOR Cleansing
Langkah 3: SKINOVAGE Serum
Langkah 4: SKINOVAGE Eye Cream
Langkah 5: SKINOVAGE Cream (5.1 light)
Langkah tambahan: Seperti facial mask SKINOVAGE
Comments
Post a Comment