BENGKEL BERRYLICIOUS KETENGAHKAN KHASIAT RIBENA
Generasi demi generasi rakyat Malaysia telah menikmati dan mempercayai khasiat Ribena® sejak minuman buah blackcurrant yang digemari ini diperkenalkan kepada mereka 63 tahun yang lalu!
Sejak itu, ramai ibubapa yang memilih Ribena® untuk memberi kebaikan buah blackcurrant kepada anak-anak mereka. Perisa berrylicious Ribena®, diperbuat daripada campuran buah blackcurrant dari New Zealand yang mampu membekalkan keperluan harian Vitamin C dalam hanya satu gelas.
Untuk mendemonstrasikan kepelbagaian penggunaan Ribena®, sebuah bengkel istimewa Ribena® Berrylicious Workshop telah diadakan di Handcrafted Creative Bites Studio di Setia City Mall baru-baru ini.
Bengkel tersebut dihoskan oleh selebriti Dr Jezamine Lim Iskander. Peserta-peserta bengkel berpeluang untuk mempelajari beberapa resepi menggunakan Ribena® seperti popia tradisional Vietname, salad dengan sos dressing Ribena® dan tat keju dengan jeli Ribena®. Peserta paling kreatif dalam menghias tat juga membawa pulang hadiah peti sejuk mini Ribena® edisi terhad.
Melalui bengkel ini, para peserta yang terdiri daripada ibu-ibu dapat mendapatkan inspirasi untuk menghidangkan kebaikan buah blackcurrant yang penuh Vitamin C dengan pelbagai cara, bukan sahaja dalam bentuk pemanis mulut dan minuman. Dengan resepi yang mudah dan sedap seperti salad Ribena®, ibu-ibu dapat menggalakkan anak-anak mereka makan lebih banyak sayur-sayuran.
Bengkel tersebut juga disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Ribena® Malaysia dan masih boleh ditonton. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti Ribena® Malaysia, sila ikuti www.facebook.com/RibenaMalaysia dan www.instagram.com/ribenamalaysia/
Comments
Post a Comment