BEST WESTERN PJ - PILIHAN BIJAK UNTUK PERNIAGAAN DAN SANTAI
Sebut sahaja nama Best Western, pasti jenama rantaian hotel terkemuka yang mempunyai lebih 4,200 hotel di 100 negara di serata dunia akan muncul di minda.
Terkenal dengan stail kontemporari, penginapan yang selesa dan pelbagai kemudahan, Hotel Best Western PJ menjadi pilihan ramai tanpa mengira untuk tujuan perniagaan atau percutian.
Letaknya di kawasan strategik di Petaling Jaya, hab perniagaan dan pembangunan negeri Selangor, menjadikannya sebagai satu hotel pilihan ahli-ahli perniagaan manakala pelancong, sama ada tempatan atau dari luar negara memilihnya kerana ia berdekatan dengan lokasi-lokasi tarikan rekreasi, membeli-belah dan tidak lupa, syurga makanan.
Pintu Masuk Utama Hotel Best Western PJ. Para tetamu harus naik ke Aras 6 untuk daftar masuk. |
Ruang Resepsi Hotel Best Western PJ di Aras 6 |
Hotel Best Western Petaling Jaya, yang terletak di Seksyen 13 mempunyai 344 bilik ini adalah salah satu pilihan pelancong luar dan dalam negara menginap samada untuk tujuan perniagaan mahupun santai.
Antara tempat menarik yang berdekatan dengan hotel Best Western Petaling Jaya ialah Jaya Shopping Centre yang telah dibina semula dan pusat gajet elektronik iaitu Digital Mall, yang hanya mengambil masa 5 minit jika berjalan kaki dari hotel.
Satu lagi tempat tarikan terkenal berdekatan ialah Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid dan taman tema, Sunway Lagoon di Bandar Sunway, yang hanya 7km jaraknya dari hotel. Paradigm Mall (8.4km), 1 Utama atau juga dikenali sebagai 1U (7km), pusat membeli-belah perabot dan peralatan rumah yang terkenal -Ikea Damansara (9.5km). Syurga membeli-belah lain yang terletak berhampiran Kuala Lumpur adalah Mid Valley Megamall (5km), Bangsar Village (6km) dan Bangsar Shopping Centre atau BSC (5.6km).
Pusat Penjaja SS2, yang menjadi sebahagian daripada tarikan di Petaling Jaya dan juga terkenal sebagai syurga bagi penggemar raja buah iaitu durian. Hanya 3km jaraknya dari hotel, banyak gerai durian boleh didapati di sini, menawarkan harga yang berpatutan berdasarkan bufet ataupun ala carte.
Pemain golf, jangan risau. Terdapat dua padang golf berhampiran hotel Best Western Petaling Jaya. Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) hanya 3km jauhnya dari hotel dan TPC Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai KLGCC (5.6km).
Bagi yang gemar staycation di hujung minggu tanpa keluar dari kota, Best Western PJ menawarkan kadar harga berpatutan dari RM200 bersih untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
Pilihan bilik terbahagi kepada empat iaitu Superior, Club Floor Superior, Executive Suite dan Presidential Suite.
Bilik Superior |
Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik tetamu adalah
- Penghawa dingin kawalan individu
- TV LCD 32” Interaktif
- Kopi dan teh percuma
- Ruang berkerja
- Telefon dial terus
- Speaker phone
- Pesanan suara
- Peti simpanan keselamatan digital
- Panggilan bangun pagi (Wake up calls)
- Bilik bersambung (Connecting room)
- Pengering rambut
- Universal electronic plug adaptors
- Mini bar
- Kad kunci akses keselamatan
- Bidet
- Rain shower
- Saluran TV satelit, CNN, Fox News, MTV Music Channel, Channel V, BBC World News
- Wifi percuma
Pemandangan bandaraya Petaling Jaya dari bilik Hotel Best Western |
Gimnasium lengkap juga disediakan untuk tetamu yang ingin kekal aktif |
Bermalam di hotel Best Western Petaling Jaya pada hari Jumaat atau Sabtu, terokai tempat menarik dalam lingkungan 10km dalam dua hari dan nikmati bufet makan malam BBQ pada harga RM110 bersih bagi seorang dewasa, di Rooftop SkyZ Dine and Bar.
Ruang untuk bersantai di bumbung Hotel Best Western (Rooftop SkyZ Dine dan Bar) |
Kemudahan kolam renang di bumbung Hotel Best Western PJ |
Aneka hidangan bufet BBQ |
Pemanis mulut |
Aneka juadah dan minuman yang disediakan untuk Makan Malam Bufet BBQ |
Pemandangan senja di bumbung Hotel Best Western PJ |
Pada masa yang sama, nikmati diskaun 40%, eksklusif untuk pemegang kad kredit atau debit Maybank dan Amex.
Tawaran sah sehingga 29 Disember 2018.
Kembali Kitchen, satu lagi restoran yang terletak di Aras 6, menyajikan sarapan bufet dan makan tengah hari pada setiap hari.
Kembali Kitchen |
Bufet Sarapan Pagi |
Aneka hidangan untuk sarapan pagi yang sesuai untuk selera tempatan dan antarabangsa |
Kembali Kitchen kini memperkenalkan Set Makan Tengahari Resipi Warisan yang disediakan setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 2.30 petang.
Set Asam Pedas Ikan Pari |
Berharga RM15 bersih setiap set dan mempunyai tiga pilihan lauk utama iaitu Rendang Ekor, Ayam Bakar Percik Kelantan atau Asam Pedas Ikan Pari.
Setiap set makan tengahari dilengkapi dengan nasi putih, sayur-sayuran, sup putih, keropok ikan dan percuma segelas teh lemon ais. Sebagai pengenalan kepada set baru ini, pada setiap Rabu, Kembali menawarkan beli 2 set pada harga 1 set.
Untuk mesyuarat korporat dan majlis persendirian, hotel Best Western Petaling Jaya juga menawarkan pakej Mesyuarat dan Penginapan yang bermula dari RM218 bersih, termasuk minum pagi dan petang, makan tengah hari, makan malam dan penginapan satu malam, berdasarkan perkongsian untuk dua orang sebilik.
Pakej Mesyuarat Harian juga boleh didapati dari RM118 bersih untuk seorang termasuk minum pagi atau petang dan makan tengah hari.
Kemudahan seperti kedai runcit 24-jam, pengurup wang, cafe, restaurant Cina dan sebagainya juga tersedia bangunan yang sama dengan Hotel Best Western PJ. Anda tidak perlu melangkah keluar jauh untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Hotel Best Western Petaling Jaya boleh diakses melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Universiti dan Jalan Semangat. la berjarak 50 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Best Western Petaling Jaya
Alamat: No. 1, Jalan 13/1, Section 13, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T: (+603) 7610 2222
F: (+603) 7610 2200
Email : info@bestwesternpj.com.my
https://www.bestwesternpj.com.my/
https://www.facebook.com/bestwestern.pj/
https://www.instagram.com/bestwesternpj/
Comments
Post a Comment