DAPATKAN AKSES BBC PLAYER PERCUMA 30 HARI



BBC Studios dan unifi TV, hari ini mengumumkan perluasan perkhidmatan BBC Player yang membolehkan semua pelanggan jalur lebar unifi serta pelanggan pra-unifi (Streamyx) menikmati program-program dokumentari, drama, komedi, gaya hidup dan prasekolah British terbaik melalui pentriman dan memuat turun kandungan ke peranti mereka.

Hadir pada sidang media untuk mengumumkan pencapaian terbaharu tersebut ialah Ryan Shiotani, Naib Presiden, Kandungan, Asia, BBC Studios; dan Emily Wee, Naib Presiden, Kandungan unifi (Produk). Sebelum ini ia hanya tersedia untuk pelanggan pek Ultimate unifi TV, kini BBC Player boleh dinikmati oleh lebih daripada dua juta pelanggan jalur lebar unifi secara PERCUMA selama 30 hari.

 “Lebih banyak penonton beralih ke platform dalam talian untuk mencari program menarik untuk ditonton. Penonton Malaysia di BBC Player terus bertambah sejak perkhidmatan ini dilancarkan pada awal tahun 2017, menandakan ‘selera’ penonton meningkat untuk kandungan kami secara dalam talian. Drama seperti Victoria, program gaya hidup seperti The Great British Bake-Off yang memenangi anugerah, program sejarah alam semula jadi seperti Blue Planet II, dan Top Gear yang popular sepanjang masa, secara konsisten mengatasi carta sebagai program yang paling ramai ditonton oleh pelanggan pek Ultimate unifi di BBC Player dan unifi TV,” kata Ryan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kandungan BBC diterima rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mencari program berkualiti tinggi dan pintar. Kami gembira kerana kini dapat menawarkan program-program ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Sementara itu, Emily berkata, “Jenama BBC sinonim dengan kualiti dan kepercayaan. Ini adalah ciri sama yang diharapkan dan diminta oleh pelanggan dari kami. Kami di unifi TV gembira dapat bekerjasama dengan BBC untuk memenuhi keperluan yang pelbagai daripada para pelanggan dengan menyediakan rangkaian saluran BBC yang menarik serta akses kepada kandungan British yang terbaik melalui BBC Player.”


Siri baharu, Got Science? dilancarkan di BBC Earth dan BBC Player Pada sidang media mengumumkan perluasan perkhidmatan BBC Player, BBC Studios juga mengumumkan pelancaran Got Science? – rancangan sains yang menghiburkan dan dihoskan oleh Harith Iskander, pelawak Malaysia dan pemenang ‘Individu Paling Lucu di Dunia 2016’ oleh Laugh Factory. Dalam rancangan asal dari BBC Earth ini,

Harith Iskander meneroka dan menerangkan sains dalam kehidupan seharian yang menggunakan akal, logik, rasional, dan sains. Beberapa tema yang diketengahkan dalam siri ini adalah makanan, kesihatan dan kecergasan, sukan, anatomi dan teknologi.

Pantas dan penuh dengan maklumat, Harith menyampaikan penerangan dengan cara tersendiri diselitkan dengan gaya dan jenaka. Mitos popular seperti durian dan alkohol boleh menyebabkan kematian, dan MSG tidak baik untuk anda adalah antara topik yang diketengahkan dalam siri baharu ini. Got Science? dijadualkan untuk siaran perdana di BBC Earth pada Selasa ini, 11 September pukul 8.05 malam, dan juga boleh didapati di BBC Player pada masa yang sama. 

Antara rancangan premium lain, juga memenangi anugerah, yang boleh didapati di BBC Player termasuk:

Donal’s Asian Baking Adventure – Bagi yang mengikuti penulis, jurugambar dan penyampai televisyen makanan Ireland, Donal Skehan, kini dia menemui rasa dan rahsia cara membakar Asia, dengan mengembara ke Jepun, Korea, Hong Kong, Macau, Singapura dan Malaysia.

Patrick Melrose – Drama yang dicalonkan untuk anugerah The Emmy, berdasarkan siri novel semi-autobiografi dari Edward St. Aubyn, Patrick Melrose (dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch) adalah kajian tentang seorang lelaki yang kaya tetapi bermasalah. Drama lima siri ini meliputi zaman kanak-kanaknya yang kelam, dan zaman dewasanya yang bergelut dengan penyalahgunaan bahan dan kemudian berusaha untuk pemulihan.

MasterChef UK (siri 14) – Rancangan masakan yang paling berjaya di dunia, MasterChef mencari tukang masak amatur terbaik UK. Seorang tukang masak yang mempunyai bakat dan semangat boleh mengubah kehidupan mereka. Hanya seorang yang akan dinobatkan sebagai MasterChef. Siri 14 membawa peserta Malaysia Zaleha Olpin, dengan rendang ayamnya yang dikatakan ‘tidak rangup’.

Blue Planet II – Siri tujuh episod yang memenangi anugerah, dari Unit Sejarah Semulajadi BBC Studios ini merupakan rancangan televisyen paling ramai ditonton rakyat UK pada tahun 2017 dan terus membuat kejutan. Diriwayatkan oleh Sir David Attenborough, siri ini melibatkan penggambaran selama 1406 hari termasuk empat tahun di dalam air, difilemkan pada kedalaman 8km, dan menghasilkan 15 kertas saintifik baru mengenai tingkah laku baru dan telah mengesahkan lebih daripada 25 penggambaran pertama sepanjang siri ini.

The Graham Norton Show – dihoskan oleh pelawak Akademi Kesenian Filem dan Televisyen British (BAFTA) yang memenangi anugerah, Graham Norton membicarakan mengenai trend dan berita yang menarik minatnya. Bintang-bintang Hollywood seperti Tom Cruise, Rihana dan Will Smith kerap hadir untuk mengambil bahagian dalam keseronokan dan permainan.

BBC Player boleh didapati sebagai aplikasi – boleh dimuat turun dari stor aplikasi Apple dan Google Play serta dalam talian di www.bbcplayer.com.

Untuk mengaktifkan percubaan percuma selama 30 hari, pelanggan jalur lebar unifi hanya perlu log masuk ke aplikasi BBC Player atau laman web BBC semasa di rangkaian jalur lebar unifi di kediaman mereka. Selepas percubaan percuma 30 hari, langganan akan dikenakan bayaran pada harga RM10 sebulan dan caj langganan BBC Player akan dibilkan dalam bil bulanan pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING