HANS ISAAC BAKAL BERSAING DALAM "CELEBRITY CAR WARS"



A+E Networks® Asia mengumumkan musim terbaharu rancangan realiti automotif terbitan asal HISTORY Asia yang pernah memenangi anugerah, Celebrity Car Wars.

Bakal memasuki musim ketiga, penonton boleh nantikan lebih banyak lagi aksi perlumbaan yang sengit dan mendebarkan! Dibawakan oleh syarikat yang memenangi anugerah Emmy “active TV” dan ditaja oleh Caltex ini baru sahaja menamatkan penggambarannya di Filipina dan dijangka akan mula ditayangkan pada September 2018.


“HISTORY dan Caltex berkongsi nilai dan komitmen yang sama dalam mempromosi dan memajukan dunia automotif. Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dan melancarkan Celebrity Car Wars sebagai acara utama bagi multimedia global HISTORY, ‘Car Week’ yang akan membawa siri-siri terbaik dan rancangan istimewa dunia automotif untuk penonton di Asia,” kata Leena Singarajah, Pengarah Urusan A+E Networks Asia.

“Penerbitan Celebrity Car Wars menandakan sebuah lagi kerjasama komersil yang menggabungkan nilai jenama rakan kongsi dan kandungan program kami secara kreatif.”

Musim terbaru ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba.


Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura; Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia; Diego Loyzaga; pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga; Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina; Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia; serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.

“Caltex berbesar hati dapat menaja rancangan Celebrity Car Wars yang dapat menunjukkan minyak Techron berprestasi tinggi berupaya untuk memberikan pengalaman pemanduan terbaik walaupun dalam situasi mencabar. Selain aksi pemanduan yang mengujakan oleh para selebriti, penonton juga dapat mempelajari tip-tip profesional untuk menjimatkan minyak serta penggunaan minyak yang betul bagi meningkatkan lagi kecekapan dan prestasi enjin,” kata penaja utama dan Pengurus Besar Sokongan Penjualan & Pemasaran Caltex, Carlos Rey C. Castaños.


Hos, Bobby Tonelli dan mentor jemputan yang terdiri daripada pelumba-pelumba kereta profesional, Gaby dela Merced dan Michele Bumgarner, kembali untuk membimbing para selebriti sepanjang lapan minggu.

Penonton akan dapat menyaksikan lebih banyak cabaran-cabaran sengit termasuklah perlumbaan di tempat pembinaan, perlumbaan “drag” di Binalonan Airfield WCC, dan persaingan untuk mengubahsuai kereta.

Atas permintaan ramai, cabaran-cabaran daripada musim terdahulu akan turut ditampilkan. Antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.


Bagi menghangatkan lagi persaingan, musim terbaharu Celebrity Car Wars akan turut membawakan pesaing-pesaing daripada musim lepas, Marc Nelson and Phomela Baranda yang akan bertanding dalam perlumbaan “drag”.

Selebriti Dominic Lau pula akan membuat kemunculan istimewa dan menjadi juri jemputan dalam cabaran bola sepak-kereta.

Buat pertama kalinya, siri musim ini akan turut memperkenalkan papan markah secara langsung yang membolehkan peserta melihat markah masing-masing. 

Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame dan tersenarai di samping juara-juara terdahulu, KC Montero dan Dominic Lau? Siapa pula yang akan kecundang di tengah jalan? Celebrity Car Wars diterbitkan oleh “active TV” yang memenangi anuegerah Emmy dan pernah merangkul Anugerah Emas “Pemasaran Idea - Kandungan Terbaik” di Anugerah MARKies 2017 yang dianjurkan oleh Marketing Magazine.

Siri ini bukan saja popular di kalangan peminat dunia automotif, malah turut mendapat tempat di kalangan penonton yang gemarkan persaingan mendebarkan serta hiburan terbaik.

Rancangan ini merupakan sebahagian daripada acara global HISTORY yang meraikan dunia automotif menerusi himpunan rancangan menarik dalam program ‘CAR WEEK’, antaranya ‘Evel Live’ yang menampilkan pelumba sukan motor terkenal, Travis Pastrana, serta rancangan-rancangan lain seperti History of Speed, Hot Wheels 50th Anniversary, Truck Wars dan Truck Night in America yang bakal ditayangkan pada suku ketiga tahun ini.


Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?