HUAWEI ZAHIRKAN KEINDAHAN MALAYSIA MELALUI SENI DIGITAL


Sempena Hari Malaysia, HUAWEI telah bekerjasama dengan Balai Seni Visual untuk menganjurkan sebuah bengkel seni digital untuk menzahirkan keindahan Malaysia melalui lakaran menggunakan tablet MediaPad M5 Pro. Usaha ini adalah salah satu daripada kempen “Capture the Beauty in Malaysia”.


Para peserta bengkel tersebut berpeluang mendapat tutorial yang mendalam untuk menggunakan tablet MediaPad M5 Pro bagi melukis dan melakar secara kreatif. Berbeza dengan tablet-tablet yang lain di pasaran, MediaPad M5 Pro mampu memenuhi kehendak seseorang artis dalam satu peranti.

Di acara yang sama, HUAWEI turut menyampaikan hadiah tanda syabas kepada Balai Seni Visual Negara sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-60. Hadiah tersebut adalah dalam bentuk seni digital yang telah dihasilkan oleh artis digital tempatan, Chong Fei Giap menggunakan tablet MediaPad M5 Pro.


Tablet dalam siri M5 adalah teman yang terbaik di pejabat, di rumah dan di mana sahaja. Ia membolehkan pengguna untuk menonton video, bermain games dan seperti mana yang ditunjukkan di dalam bengkel, adalah satu peranti yang ideal untuk menghasilkan karya seni digital.

MediaPad M5 Pro kini boleh didapapti di pasaran dengan harga RM1,929 (RRP), manakala MediaPad M5 berharga RM1,539 (RRP).


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/my/ atau ikuti  www.facebook.com/HuaweiMobileMY.

Comments

Popular posts from this blog

SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA

WATSONS MALAYSIA PECAH REKOD DENGAN ‘GANJARAN RAKSASA’ RM10 JUTA

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

REBUT BAUCAR DISKAUN 50%, TAWARAN EKSKLUSIF DAN SEHINGGA 150,000 SHOPEE COINS APRIL INI DENGAN SHOPEE SUPERSTAR BRAND SHOW