ICE-WATCH PENAJA UTAMA "LIGHT UP THE NIGHT RUN 2018"



ICE-WATCH dan The Marathon Company mengumumkan jenama ICE-WATCH sebagai penaja utama untuk acara larian malam, “ICE-WATCH-LIGHT UP THE NIGHT RUN” bagi tahun 2018.

Acara tersebut bakal dilangsungkan pada hari Sabtu, 1 Disember 2018, jam 8 malam di IOI City Mall Putrajaya. Kategori jarak larian merangkumi 5km dan 10km di sekitar Putrajaya.


Dato’ Sri Meer Sadik Habib, Pengarah Urusan Kumpulan Habib selaku pengedar tunggal jenama jam tangan dari Belgium ini berkata, "Acara larian ICE WATCH LIGHT UP THE NIGHT sebelum ini mendapat penyertaan seramai 6,000 orang dalam tahun 2016. Sasaran kami adalah untuk meningkatkan penyertaan sebanyak dua kali ganda. Kami jangkakan lebih ramai pelari akan menyertai larian ini kerana adanya laluan 10km yang baru di sekitar IOI City Mall."

Jenama kemeja sukan, 2ndSkin dilantik menjadi penaja pakaian rasmi untuk semua pelari. Setiap pelari boleh memilih warna kegemaran mereka dari tujuh warna kemeja yang disediakan, selaras dengan keunikan jenama ICE WATCH.

Setiap pelari yang berjaya menamatkan larian bakal menerima seutas pingat penamat. Bagi mereka yang mendaftar menerusi slot VIP, seutas jam tangan ICE WATCH akan diberikan kepada peserta.



Dalam majlis yang sama, media juga diperkenalkan koleksi terbaru ICE Steel dan ICE Sunset serta jam edisi eksklusif Merdeka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman pendaftaran: https://rxa.myraceonline.com/my/iwnr18/registrations
Facebook ICE-WATCH Malaysia: www.facebook.com/ice.watch.my
Instagram ICE WATCH Malaysia: www.instagram.com/icewatch_my/
Facebook The Marathon Company: www.facebook.com/themarathoncompany

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!