PUMA BUKA KEDAI TERBESAR DI ASIA TENGGARA DI KLCC



Jenama sukan antarabangsa PUMA membuka pintu gedung konsepnya yang terbesar di Asia Tenggara di pusat membeli-belah Suria KLCC. Dengan keluasan lebih 400 kaki persegi, gedung PUMA ini menampilkan beberapa bahagian termasuk konsep SELECT yang didedikasi untuk koleksi kolaborasi selebriti atau pereka terkenal seperti Selena Gomez, Big Sean, Ader Error, dan Shantell Martin.



Selain daripada kolaborasi dengan pereka selebirit, gedung KLCC ini juga akan menawarkan rangkaian golf PUMA. Ia adalah gedung PUMA pertama yang menjual produk golf di Malaysia.


Majlis pembukaan rasmi gedung PUMA KLCC telah disempurnakan oleh  Pengurus Besar Asia Tenggara, Mr. Philippe Le-Bretton, Ketua Retail Asia Tenggara, Mr. Jerome Rouch, dan Pengurus Negara, Mr. Steven Tan.


Para jemputan turut dipersembahkan dengan peragaan fesyen koleksi terbaru PUMA dari rangkaian SELECT, Lifestyle dan Performance.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM