SULWHASOO PERKENAL RANGKAIAN BARU GINSENG



Dikenali dengan kecantikan holistik yang diinspirasi oleh kebijaksanaan dan petua Asia, Sulwhasoo menggabungkan keharmonian dan keseimbangan dengan Rangkaian Concentrated Ginseng Renewing.

Diformulasi dengan kandungan istimewanya, Ginseng Korea, rangkaian penjagaan kulit ini mengandungi kepekatan nutrien tinggi yang didapati daripada ginseng yang dapat membekalkan kulit dengan kelembapan dan ketahanan yang diperlukan.       


Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum
Diinspirasikan oleh keindahan Bunga Plum yang mekar dalam salju, jenama kecantikan mewah terkemuka Korea, Sulwhasoo memperkenalkan Sulwhasoo Serum anti penuaan menggalakkan Derma-Epidermal junction (DEJ), membuatkan kontur muka anjal dan kelihatan licin dari setiap sudut.

Sulwhasoo percaya bahawa untuk menganjalkan kulit memerlukan lebih daripada sekadar bahan-bahan yang berkualiti.

Concentrated Ginseng Renewing Serum membaiki kulit dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit dengan menjadikan wajah kelihatan pejal dan lembut.

Dengan teknologi Ginsenisphere™, serum ini mengandungi kapsul mikro yang dipenuhi tenaga ginseng pekat. Dengan teknologi baharu Sulwhasoo yang ditambah baik, Ginsenisphere™ menyampaikan kapsul yang mengandungi minyak biji ginseng ke dalam kulit.

Ia terus bertukar kepada mikrokapsul yang bertekstur krim yang meresap ke dalam kulit sebaik dioles. Menjadikan kulit menawan sempurna.

Concentrated Ginseng Renewing Serum diformulasikan dari daun ginseng, stem dan akar yang menjadi asas kepada keaktifan kulit. Ia ditemui melalui komitmen yang kuat dalam kajian dan teknologi Sulwhasoo.

Ia merangsangkan DEJ untuk menganjalkan lagi kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan lantas menghasilkan kontur kulit yang muda remaja. Serum ini hadir dengan tekstur yang cukup mewah bak sutera namun tidak langsung membuatkan kulit rasa melekit.

Kemasannya yang segar membuatkan ia pasangan yang serasi untuk Sulwhasoo’s Concentrated Ginseng Renewing Cream EX untuk kulit lebih anjal dan tegang sempurna.


Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX [ Original / Light ] 
Produk seterusnya yang patut dimiliki adalah Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX.

Kemuncak untuk kajian selama 50 tahun oleh Sulwhasoo. Concentrated Ginseng Renewing Cream EX membantu memperbaharui dan menghidupkan semula kulit dengan Compound K, bahan yang cukup penting yang didapati dalam akar ginseng.

Krim premium anti-penuaan ini juga mengandungi Ginsenoside Re yang diekstrak dari bunga ginseng iaitu asal usul tenaga ginseng untuk mengelakkan kulit rosak dengan merangsangkan perisai kulit.

Concentrated Ginseng Renewing Cream EX menyasarkan pada tanda awal penuaan kulit seperti kekeringan, kekenduran dan kekusaman kulit. Ia membantu menghasilkan semula kulit yang muda dengan mengembalikan keanjalan, ketegangan dan daya tahan kulit.

Terutama sekali pada bahagian yang mudah dihinggapi kedutan seperti mata, mulut dan garisan ketawa. Boleh didapati dalam dua pilihan, pelanggan boleh memilih krim pilihan berdasarkan kondisi dan keperluan kulit.

Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Original hadir dengan tekstur yang pekat dengan aroma ginseng. Manakala Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Light lebih lembut malah tekstur dan aromanya lebih segar dengan bunga ginseng.

Sulwhasoo memperkenalkan dua produk baharu bagi melengkapi rangkaian penjagaan kulit Ginseng Renewing iaitu Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Water dan Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Emulsion.

Kedua-dua produk ini mengandungi bahan anti-penuaan yang penting dalam menyediakan kulit dengan melembap dan menegangkan kulit, Steamed Ginseng Water Concentrate™. Steamed Ginseng Water Concentrate™ dihasilkan oleh ginseng yang dikeringkan dengan vakum kemudian wapnya dipulihkan melalui proses penyejuk.

Proses yang teliti ini menunjukkan komitmen Sulwhasoo dalam menjaga bahan-bahan penting ini tidak kira betapa sukar dan mengambil masa yang lama.

Menggabungkan tiga agen pelembap, Concentrated Ginseng Renewing Water ini cukup lembut apabila disapu pada kulit membuatkan kulit lebih anjal dari dalam lantas luarannya lebih lembap dan segar.

Sementara Concentrated Ginseng Renewing Emulsion pula meresap dengan lembut pada kulit mengunci kelembapan dari dalam untuk masa yang lama walaupun teksturnya ringan.

Apabila kedua-dua serum ini digabungkan bersama Concentrated Ginseng Renewing Water dan Concentrated Ginseng Renewing Cream EX ia menghasilkan efek lembapan yang cukup sempurna pada kulit. Dengan aroma daun dan bunga ginseng, Concentrated Ginseng Renewing Water dan Emulsion adalah sempurna untuk anda yang ingin memulihkan dan menyegarkan kulit.

Tambahan terbaru dalam rangkaian Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing ini akan berada di semua kaunter Sulwhasoo seluruh negara serta di butik Sulwhasoo di Mid Valley Megamall dan Sunway Pyramid bermula September 2018.

 

Rangkaian Lengkap Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing 

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Water - Penyegar anti-penuaan dengan formulasi penting iaitu Steam Ginseng Water Concentrate™ untuk kulit kekal anjal dan lembap.
■ Saiz:125ml ■ Harga: RM300

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Emulsion - Emulsi anti-penuaan yang berformulakan Steamed Ginseng Water Concentrate™ untuk kulit kekal hidrat dan segar.
■ Saiz: 125ml ■ Harga: RM330

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum
Serum anti-penuaan yang dinaik taraf dengan teknologi Ginsenisphere™ untuk menguatkan keanjalan kulit bagi kulit muda remaja.
■ Saiz: 50ml ■ Harga: RM690

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Facial Oil
Minyak wajah anti-penuaan dengan minyak biji ginseng bagi kulit cerah sempurna dan lembap.
■ Saiz: 20ml ■ Harga: RM452

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream EX 
Diformulasi dengan ginseng yang kuat, krim mata ini mampu menyegarkan kulit dan membuat kulit dibahagian mata tampak muda berseri.
 ■ Saiz: 20ml ■ Harga: RM594

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Original / Light 
Kemuncak kajian Sulwhasoo selama 50 tahun, krim anti-penuaan ini mampu memperbaharui kulit dengan Compound K dan bahan anti-penuaan penting yang ditemui di dalam akar ginseng.
■ Saiz: 60ml ■ Harga: RM750

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Creamy Mask
Pupur anti-penuaan dengan inovatif Double Wrapping Sheet. Menyalurkan kuasa ginseng dengan tektur krim dan memperbaiki keanjalan kulit serta kecerahan kulit.  ■Kuantiti: 5 keping ■ Harga: RM424

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA