TERJUNAN BASE MENARA KL KEMBALI SEPTEMBER INI



Acara sukan berprestij dan bertaraf antarabangsa KL Tower International Jump Malaysia merupakan acara Menara Kuala Lumpur yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun, menemui peminat sukan ekstrem mulai 28 September hingga 1 Oktober 2018.

Ianya bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam), bertempat di Sky Deck yang berketinggian 300 meter.

Pada mulanya, acara ini diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke-3 pada 3 Oktober 1999 yang lalu. Kemudian ia telah disenaraikan di dalam Malaysia Book Of Records sebagai acara terjunan BASE yang pertama di Malaysia, platform terjunan BASE tertinggi di Malaysia, acara terjunan BASE menggunakan tali pertama di Malaysia dan acara terjunan BASE yang paling ramai penyertaan di Malaysia.

Terjunan Base ialah acara sukan ekstrem yang melibatkan penggunaan payung terjun untuk membuat lompatan dari objek-objek tertentu. BASE mewakili object yang biasanya digunakan sebagai landasan terjunan, Bangunan (Building), Antena (Antenna), Jambatan (Span) dan Bumi (Earth).

“Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk menawarkan kepada para penerjun BASE untuk melakukan terjunan dari Menara Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat meletakkan Malaysia didalam peta pelancongan antarabangsa sebagai destinasi terbaik untuk aktiviti sukan pelancongan. Acara ini selaras dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib dilawati untuk aktiviti-aktiviti Kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature),” kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Istimewa tahun ini, keseronokan diteruskan lagi dengan aktiviti tambahan yang akan dilakukan oleh penerjun seperti demonstrasi ‘Accuracy Jump’, terjun dengan pelbagai pakaian yang menarik dan unik dan sebagainya. Sementara itu, pengunjung juga akan ditawarkan dengan pengalaman terjunan beg (Bag Jump) iaitu terjunan bebas dengan kusyen udara, yang akan dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).” tambah beliau lagi.

Tahun ini, seramai 150 orang penerjun antarabangsa dari 20 buah negara akan turut serta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerjun rata-ratanya datang dari negara USA, Kanada, Austria, Czech, Ireland, England, Holland, Prancis, Australia, Estonia, Mexico, Belgium, Luxembourg, Portugal, Switzerland, Brazil, Greeze, Finland, Denmark, Jepun dan Malaysia.

Sekali lagi diteruskan pada pada edisi kali ini iaitu terjunan yang paling mendapat perhatian pengunjung, iaitu terjunan kren. Seperti biasa, para penerjun akan membuat terjunan dari TH07 (Kepala Menara 7), di ketinggian 312 meter dari paras bumi.


Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas ‘Sitting On The Edge'. Pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam.

Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pelawat dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awanan dan jangan lupa mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur pada ketinggian 300 meter di atas paras tanah.

Nikmati harga ‘Early Bird’ serendah RM108.00 bagi pemegang MyKad dan RM151.00 tanpa MyKad (mulai pada hari ini sehingga 11 September 2018). Harga tiket tersebut adalah termasuk ‘Sitting On The Edge’ 300 meter dari aras bumi, tiket ke Pelantar Pemandangan dan Sky Box, cenderahati eksklusif dari Menara Kuala Lumpur, cenderahati gambar 6R dan T-Shirt Base Jump edisi terhad.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.menarakl.com.my/index.php/happenings/kl-tower-international-jump-malaysia

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA