“THE MEMOIR OF MAJIE” RAIH PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA


Industri hiburan Cina tempatan serta Rangkaian Televisyen Media Prima telah mendapat tumpuan dari luar negara apabila drama “The Memoir of Majie” berjaya merangkul Anugerah Khas Juri di Seoul Internation Drama Awards 2018, yang telah berlangsung di Yeouido, Seoul, Korea Selatan pada 3 September lepas.

Menurut Cik Goh Ling Ling, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (8TV), Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Kami ingin berterima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana memberi pengiktirafan besar ini. Kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai tanpa kerjasama hebat daripada pihak produksi, barisan pelakon, kru-kru dan setiap individu yang terlibat untuk menjayakan drama ini. Kami akan terus berusaha untuk menyajikan kandungan-kandungan berkualiti tinggi agar drama-drama tempatan akan sentiasa dapat mencipta nama di peringkat antarabangsa.”


Pelakon jelita Pauline Tan yang juga membintangi drama “The Memoir of Majie”, telah menghadiri majlis anugerah tersebut sebagai wakil, dan beliau tidak sangka bahawa para hadirin akan memberi tepukan gemuruh sewaktu beliau bertutur dalam bahasa ibunda rakyat Korea Selatan.

Pauline menyatakan bahawa beliau pernah menetap di sana selama setahun, ketika beliau mengikuti program pertukaran pelajar. Drama “The Memoir of Majie” telah dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Henley Hii, Aye Keng, Pauline Tan, Joey Leong, Sherlyn Seo, Jeffrey Cheng, Gary Yap, Wilson Lee dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang liku-liku kehidupan empat wanita yang berasal dari Shunde, Guangdong pada zaman 1950-an, drama ini telah bersiaran di saluran ntv7 pada 20 Julai tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial di Instagram @8tvchinese & YouTube 8TV 八度空间

Layari www.tonton.com.my untuk menonton drama-drama hebat dari 8TV, serta www.xtra.com.my untuk perkembangan terikini mengenai 8TV! 8TV juga boleh ditonton di saluran 708.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA