TRADISI FESTIVAL KUIH BULAN DI CHERAS LEISUREMALL



Cheras LeisureMall meneruskan tradisi perayaan Pertengahan Musim Luruh atau juga dikenali sebagai Festival Kuih Bulan mulai 2 - 30 September.

Bertemakan “Moonlit Blossoms of Mid-Autumn”, pusta membeli-belah tersebut menampilkan figura legenda Cina, Chang’E, yang juga dikenali sebagai Dewi Bulan.


Dalam pertandingan membuat Tanglung yang sinomin dengan perayaan ini, Cheras LeisureMall Berjaya menarik penyertaan sebanyak 44 biji tanglung gergasi dan lebih 1,000 tanglung bunga daripada pengunjung dan pelajar-pelajar dari sekolah dan akedemi seperti SJK (C) Confucian, SJK (C) Jalan Davidson, SJK (C) Lai Meng, SJK (C) Nam Keong, and Global Art.


Para pengunjung Cheras Leisure Mall boleh menyaksikan tanglung-tanglung yang dipamerkan di dalam bangunan tersebut. Orang ramai juga dijemput untuk mengundi tanglung kegeramarn merekadi Level 2, LeisurePlex (berhampiran Mizudo).


Pemenang-pemenang pertandingan membuat tanglung bakal membawa pulang hadiah-hadiah wang tunai, baucer membeli-belah dan barangan OSIM berjumlah lebih RM100,000.


Keputusan pertandingan tanglung akan diumumkan pada pertengahan bulan September dan majlis penyampaian hadiah bakal berlangsung pada 29 September 2018 jam 11:00pagi.


Pelbagai aktiviti juga bakal diadakan sempena Festival Kuih Bulan. Antaranya adalah aktiviti memanah – berdasarkan kisah legenda pemanah Hou Yi yang memanah sembilan matahari, penebusan kraftangan Cina dan hadiah percuma seperti gula-gula Ding Ding, gula-gula janggut naga, dengan pembelian di kedai-kedai Cheras LeisureMall, serta bengkel membuat tanglung dan kuih bulan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9132 2386, atau ikuti laman Facebook Cheras LeisureMall Facebook atau emel ke marketing@ppb.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM