VINDA DELUXE LANCAR KEMPEN ISTIMEWA HARI MALAYSIA


Vinda Deluxe terus meraikan kekuatan dengan cara yang berlainan dengan melancarkan kempen “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita” yang diadakan sempena Hari Malaysia di Sunway Pyramid dari 14 - 17 September.

Acara yang menampilkan karya seni komik terbesar yang julung kalinya dilukis atas tisu Vinda Deluxe oleh kartunis Malaysia Zunar memaparkan kebangkitan ‘Malaysia Baharu’ dan keutuhan semangat rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang. Cara penggunaan tisu yang inovatif ini menonjolkan ciri-ciri istimewa kekuatan tisu Vinda Deluxe.

“Vinda Deluxe sememangnya sinonim dengan kekuatan dan usaha terbaharu ini memperkukuhkan lagi janji kami untuk Kekal Kuat Untuk Anda dalam menghadapi setiap cabaran dan halangan. Sebelum ini, kami meraikan kekuatan dengan gaun perkahwinan tisu pertama di Malaysia yang direka khas untuk majlis perkahwinan sebenar sepasang pengantin baharu. Hari ini, demi perpaduan semua rakyat Malaysia, kami sungguh teruja untuk membawakan kekuatan dengan cara yang berlainan iaitu melalui kempen “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita”. Ciptaan Zunar memaparkan kekuatan tisu Vinda Deluxe sambil menyeru rakyat Malaysia agar terus kuat memperjuangkan impian mereka untuk melakukan perubahan positif. Perspektif unik beliau terhadap kempen ini juga menterjemahkan keazaman jenama kami, Vinda Deluxe yang akan kekal kuat untuk anda seperti mana rakyat Malaysia kekal bersatu teguh,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran, Kumpulan Vinda Asia Tenggara.

Kartunis yang telah melukis kartun lebih daripada 20 tahun dan juga dikenali ramai sebagai pejuang ketelusan dan keadilan, Zunar telah menghasilkan karya lukisan tangan asalnya di atas tisu Vinda Delux berukuran 16 kaki x 8 kaki, menjadikannya hasil seni komik tisu terbesar di negara ini.


“Malaysia sedang melalui suatu era yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita; kita berdiri teguh dalam perjuangan ini tapi apakah lagi cabaran yang bakal ditempuhi? Kita telah berjaya mencapai ‘Malaysia Baharu’, kini tiba masanya rakyat Malaysia meneliti dan memikirkan perkara yang masih perlu dilakukan. Hasil seni saya menggambarkan betapa pentingnya kita menangani akar umbi masalah yang sedang kita hadapi dan jika perlu terus menghapuskannya supaya tunas baharu yang tabah dan positif dapat tumbuh. Saya harap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meninggalkan semua sifat buruk demi perpaduan dan keteguhan, serta membina negara yang lebih bersih dan terbaik untuk semua,” kata Zunar.

Menceritakan tentang pengalamannya melukis atas tisu Vinda Deluxe, Zunar berkata, “Saya sama sekali tidak menyangka yang tisu ini sungguh kuat dan teguh. Kualiti Vinda Deluxe sememangnya menepati apa yang dijanjikan. Vinda Deluxe dan saya telah memberi sumbangan kecil dalam meraikan kekuatan dan semangat perjuangan rakyat Malaysia. Peluang untuk dapat bekerjasama dengan Vinda Deluxe, rakan yang memperjuangkan matlamat yang sama merupakan satu penghormatan bagi saya dan ini adalah karya terbesar saya untuk pameran umum sejak kebangkitan Malaysia Baharu. Ini sememangnya cara terbaik untuk meraikan Hari Malaysia!”

 Hasil seni komik tisu ini adalah tumpuan acara “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita” yang juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh masyarakat Malaysia. Ini termasuk acara kuiz, seni tisu dan mencetak potret keluarga di atas tisu Vinda Deluxe yang mempamerkan Teknologi Tenunan Fiber Vinda Deluxe yang menjadikan tisunya lebih kuat, lebih lembut dan lebih menyerap. Teknologi yang sama juga membolehkan tisu Vinda Deluxe kekal kuat walaupun dalam keadaan basah, satu ciri yang praktikal dan amat berguna untuk penjagaan peribadi dan juga untuk kebersihan.

“Acara seperti ini adalah peluang terbaik untuk menarik minat pengunjung dan hasil seni tisu ini mengabadikan keutuhan semangat cara Malaysia yang unik dan menarik. Sunway Pyramid amat gembira dapat menjadi penganjur acara yang penuh inspirasi ini bersama Vinda Deluxe untuk menyambut Hari Malaysia,” kata Loo Hoey Theen, Pengarah Pemasaran Pusat Membeli-Belah Sunway.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi acara “Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita” hanya di Sunway Pyramid (Central Avenue, LG2) dari 14 - 17 September.

Tisu Vinda Deluxe terdapat di pasaran dalam bentuk Tisu Muka (kotak dan pek), Tisu Poket dan kertas tandas, dengan wangian dan tanpa wangian, dari harga RM6.00 ke RM33.80.

Untuk maklumat lanjut tentang Tisu Vinda Deluxe dan kempen ini, sila layari www.vinda.com.my atau ikuti laman Facebook Vinda Malaysia www.facebook.com/VindaTissueMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!