ABP KE-31 DISAKSIKAN HAMPIR 6 JUTA PENONTON

Bintang Paling Popular : Wany Hasrita

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton.

Acara berprestij tahunan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air disamping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.

Gandingan Serasi Drama Popular : Fattah Amin & Nur Fazura

Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran. Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai program-program yang telah keudara pada waktu yang sama.

Pelakon Filem Popular: Zul Ariffin (lelaki) & Emma Maembong (wanita)

Selain daripada bersiaran di  televisyen, ABPBH turut bersiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran. Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

Pada malam itu, Wany Hasrita, penyandang Anugerah Bintang Paling Popular telah memenangi sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi. Pihak ABPBH31 dan TV3 turut menyuarakan ucapan tahniah kepada barisan pemenang anugerah pada malam kemuncak ABPBH31:

Bintang Paling Popular                        : Wany Hasrita
Artis Baharu Lelaki Popular                 : Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular                : Farah Nabilah
Pelakon TV Lelaki Popular                   : Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular                  : Nur Fazura
Pelakon Filem Lelaki Popular               : Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular             : Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular                      : Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular                     : Wany Hasrita
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri
Artis Komedi Popular                          : Zizan Razak
Artis Versatil Popular                           : Alif Satar
Pengacara TV Popular                         : Neelofa
Penyampai Radio Popular                    : Haziq (Hot FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular        : Fattah Amin & Nur Fazura
Gandingan Serasi Filem Popular          : Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular                          : Neelofa
Instafamous Cilik Popular                    : Arif Jiwa
Personaliti Media Sosial Popular         : Fatimah Omar Mukhlis

ABPBH31 telah bertemakan Infiniti yang merujuk kepada ruang tanpa sempadan boleh dijelmakan dalam konteks evolusi BH yang sentiasa berusaha memperbaiki dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform, baik bercetak mahupun digital, menerusi laman web mudah alih mahupun platform media sosial.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolaborasi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi. Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc CafĂ©, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),  selaku penaja bersama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 (www.abpbh.com.my) atau tonton xtra (www.xtra.com.my). Saksikan juga sedutan-sedutan menarik ABPBH31 di saluran Youtube TV3 Malaysia.

Comments

Popular Posts