BHPETROL ORANGE RUN DIADAKAN BUAT TAHUN KE-13



BHPetrol Orange Run kembali sekali lagi buat tahun ke-13 berturut-turut!  Acara larian tahunan anjuran BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Affin Bank ini bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat.

Encik Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol berkata, “Kami amat gembira untuk menganjurkan BHPetrol Orange Run buat tahun ke-13. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup lebih aktif tetapi juga membolehkan kami menghulurkan tangan kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana hasil kutipan disalurkan kepada pertubuhan amal yang memerlukan. Acara kami mendapat sambutan memberangsangkan pada tahun ini dengan penyertaan daripada penyokong setia dan juga peserta baharu, yang bersama-sama menjayakan usaha murni ini.”


Sejajar dengan komitmen BHPetrol untuk menabur bakti kepada masyarakat, setelah tamat larian, sumbangan berjumlah RM30,000 telah disampaikan kepada tiga rumah amal iaitu Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia, Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Trinity Komuniti Selangor, dengan setiap pertubuhan menerima sumbangan RM10,000.

Orange Run sejauh 11km yang dimulakan di the Curve, Mutiara Damansara, terus menarik penyertaan lebih 4,000 pelari pada tahun ini. Peserta semuda 13 tahun telah mengambil bahagian dengan acara dibahagikan kepada lapan kategori, iaitu Terbuka Lelaki & Veteran, Terbuka Perempuan & Veteran, Kanak-Kanak Lelaki & Kanak-Kanak Perempuan dan Terbuka Antarabangsa Lelaki & Perempuan. Para pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta baucar BHPetrol.

Para peserta disambut oleh sorakan keluarga serta sahabat mereka yang datang bersama untuk memeriahkan lagi suasana di acara BHPetrol Orange Run 2018. Pelbagai aktiviti lain juga dilangsungkan, seperti tawaran produk dan pemberian sampel oleh BHPetrol, Affin Bank, F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd, Nestlé dan banyak lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?