EPSON LANCAR MESIN-MESIN PENCETAK ECOTANK
Epson, peneraju global dalam teknologi pencetakan serta peneraju pasaran bagi produk pencetak tangki dakwat telah melancarkan rangkaian produk-produk mesin pencetak EcoTank baharu yang menawarkan kos pemilikan keseluruhan yang terendah dalam pasaran.
Sebelum ini dikenali sebagai mesin pencetak Sistem Tangki
Dakwat (Ink Tank
System) siri L dan M, mesin pencetak EcoTank
yang diberikan nama baharu ini membawakan reka bentuk yang lebih kemas serta dilengkapkan
dengan tangki dakwat bersepadu, melalui saiznya yang lebih kompak dan botol
dakwatnya yang inovatif dengan ciri ‘kalis tumpah’. Dengan rangkaian mesin-mesin
pencetak baharu yang inovatif ini, Epson kini
menawarkan ciri tangki dakwat bersepadu kepada pencetak tahap asas untuk segmen
Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan bagi mereka yang mempunyai pejabat di
rumah.
Epson juga telah memperkembangkan
rangkaian produknya yang terdiri daripada mesin pencetak siri M, yang kini
dikenali sebagai mesin pencetak siri EcoTank Monochrome, dengan produk utamanya,
iaitu mesin pencetak EcoTank M2140. Mesin pencetak M2140 kini menggunakan
kepala cetak (‘printhead’) PrecisionCore,
lantas ia memanfaatkan teknologi nozel yang ditambah baik dengan resolusi
cetakan yang dipertingkatkan pada tahap 1200 x 2400 dpi, serta kelajuan yang
lebih tinggi pada tahap 20 ipm. Rangkaian produk siri EcoTank Monochrome yang terdiri
daripada pelbagai fungsi juga dilengkapkan dengan fungsi cetakan ‘auto-duplex’
serta fungsi imbasan dan salinan.
Siri EcoTank Monochrome mampu
menyaingi kebolehan mesin pencetak laser jika dinilai dari segi kos pemilikan
secara keseluruhannya serta dari segi penggunaan tenaga. Mesin pencetak
tersebut menggunakan tenaga pada kadar 24 kali ganda lebih rendah[1],
dan memberikan penjimatan dalam kos pemilikan sebanyak 28 kali ganda bagi
setiap cetakan yang dilakukan berbanding mesin-mesin pencetak laser yang lain
di Malaysia[2].
Dari segi penjimatan dalam kos
pemilikan, mesin pencetak siri L EcoTank
dengan set 4 botol dakwat boleh mencetak 4,500 halaman hitam dan putih serta 7,500
halaman berwarna, manakala siri EcoTank Monochrome pula boleh mencetak 6,000 halaman
hitam dan putih.
Mesin pencetak tangki dakwat ini
dilabel sebagai mesin pencetak tangki dakwat yang paling dipercayai berbanding
jenama-jenama yang lain. Menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini[3],
kebanyakan pengedar yang mengedar pelbagai jenama, termasuk jenama Epson, 87%[4]
daripada kalangan mereka telah memberikan Epson kedudukan yang tertinggi
sebagai mesin pencetak tangki dakwat yang paling dipercayai berbanding
jenama-jenama yang lain.
Dari segi prestasi keseluruhan, kajian
tersebut mendapati bahawa kebanyakan pengedar, iaitu sebanyak 77% daripada
kalangan mereka berpuas hati dengan mesin pencetak tangki dakwat Epson dan 63% cenderung
untuk memilih mesin pencetak tangki dakwat Epson berbanding mesin pencetak
jenama yang lain.
“Dengan pelancaran siri EcoTank
Monochrome ini, kami membidik untuk mengembangkan lagi pasaran mesin pencetak jet
dakwat (inkjet) dan mempengaruhi pengguna dari segmen mesin pencetak laser yang
asas untuk beralih ke mesin pencetak jet dakwat. Dengan kelebihan-kelebihan
yang ditawarkan oleh mesin pencetak ini dari segi kos pemilikan keseluruhan
yang lebih rendah dan penjimatan dalam kadar penggunaan tenaga, serta impak
yang lebih positif terhadap alam sekitar, mesin pencetak EcoTank boleh menjadi
alternatif yang lebih baik untuk mesin pencetak laser bagi segmen SME dan pejabat-pejabat
rumah,” ujar Danny Lee, Pengarah Jualan & Pemasaran, Epson
Malaysia.
Epson menyinambungkan statusnya
sebagai peneraju bagi jenama mesin pencetak tangki dakwat dengan pegangan
pasaran sebanyak 70.1% pada tahun 2017 di rantau Asia Tenggara, menurut laporan
IDC Quarterly Hardcopy Peripherals
Tracker untuk suku kedua tahun 2018. Di Malaysia, Epson berada di kedudukan
yang tinggi sebagai jenama pencetak tangki dakwat yang menjadi pilihan ramai,
dengan pegangan pasaran sebanyak 58.8% bagi tahun 2017. Ia merupakan
peningkatan sebanyak 11.5% berdasarkan jumlah jualan pada tahun 2017 berbanding
tahun 2016.
Epson telah melancarkan model mesin
pencetak tangki dakwat yang pertama di Indonesia dan kemudiannya di Asia
Tenggara pada tahun 2010. Sebanyak 30 juta unit mesin pencetak tangki dakwat telah
terjual di seluruh dunia sehingga bulan Julai 2018.
Mesin pencetak EcoTank L3110 merupakan
model pengganti bagi mesin pencetak L360 dan L380; dan mesin pencetak L3150
merupakan model pengganti bagi L405. L5190 pula merupakan pengganti bagi mesin
pencetak L565. Model M1100 dan M1120 menggantikan M100.
[1] Angka
ini berdasarkan penggunaan kuasa purata, ketika dalam operasi, antara 3
pencetak laser satu fungsi dalam kategori kelajuan yang sama yang terdapat di
pasaran. Keputusan ini diperoleh melalui perbandingan mengikut spesifikasi yang
diterbitkan bagi jenama-jenama pencetak laser berkenaan.
[2] Keputusan
ini diperoleh melalui perbandingan spesifikasi yang diterbitkan bagi kos per
halaman untuk 3 pencetak laser satu fungsi dalam kategori kelajuan yang sama
dalam pasaran.
[3] Kajian
‘Ink Tank Printer Reliability’ yang dijalankan oleh Kantar TNS, sebuah badan
penyelidikan pasaran persendirian. Sejumlah 305 pengedar Epson ditemu bual dari
5 buah negara dalam rantau Asia Tenggara.
[4] Merujuk
kepada 87% daripada 145 pengedar pelbagai jenama yang menjual
sekurang-kurangnya 3 pencetak tangki dakwat daripada kajian ‘Ink Tank Printer
Reliability’.
Comments
Post a Comment