GILDA COSMETIC KINI DI PASARAN MALAYSIA



GILDA COSMETIC, jenama kecantikan premium dari negara Sweden telah dilancarkan di Malaysia. Vibrante Essentials Sdn. Bhd adalah syarikat pemasaran Gilda Cosmetic tunggal di Malaysia dan pertama di Asia.

Majlis pelancaran Gilda Cosmtetic telah disempurnakan oleh pengasasnya, Gilda Liljeblad Koornstra di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Antara produk Gilda Cosmetic yang menjadi pilihan ramai andalah Refining Peeling Mask, Vitamin C Super Serum, Anti- Ageing Serum, Perfect Eye Cream, Vitamin A Retinol Emulsion, dan Hydra Performance Mask.

Ivan (CFO, Vibrante Essentials SB), Ron (CEO, Gilda Cosmetic), Gilda (Founder, Gilda Cosmetic), Barry (CEO, Vibrante Essentials SB) dan Ryan (Group CEO, Vibrante Essentials SB)

Rangkaian penjagaan kulit Gilda Cosmetic menampilkan sistem unik enkapsulasi mikro yang memastikan kesegaran dan keberkesanan vitamin-vitamin aktif yang terkandung di dalam kapsul. Bahan-bahan aktif yang digunakan dalam produk telah dibuktikan secara saintifik untuk keberkesanannya dan selamat untuk para pengguna tanpa perlu diuji ke atas haiwan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gildacosmetic.com/

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN