HIGH LINE ROOF TOP MARKET, RW GENTING KINI DIBUKA
Excutive Chef Arnaud Rene Violtat (left) & Devyn Van Niekerk (Assistant Vice President F&B) |
HIGH LINE adalah lokasi baru yang paling menarik di Resorts World Genting untuk menjamu selara sambil bersantai. Ia adalah tempat makan, hab hiburan malam dan kawasan alfresco yang terletak di tingkat 4, pusat membeli-belah SkyAvenue, RW Genting.
Bersesuaian dengan namanya: High Line, kawasan ini mempunyai restoran, bar, lounge, kafe dan banyak lagi termasuk jenama antarabangsa dan serantau dalam satu ruang dengan pemandangan yang luas.
Terdapat tujuh kios makanan yang berbeza yang berkumpul di satu kawasan iaitu Carnivore Corner, Jon Bing, Seafood Market, Asian Heroes dan Burgers & Shots di mana para tetamu boleh mencampur dan memadankan pilihan F & B di ruang makan komunal.
Pertama dalam senarai ialah Carnivore Corner. Ia merupakan tempat yang menjanjikan hidangan daging terbaik dalam pebagai hidangan terbaik seperti sandwic gaya Amerika, sosej, daging panggang, kebab dan sebagainya.
Antara hidangan "mesti cuba" adalah "Man vs Meat" yang terdiri daripada tiga jenis sajian daging - Lamb Chop, Smoked Beef Brisket dan Smoked Pulled Lamb yang dihidangkan dengan jagung manis bakar. Harganya RM88 untuk satu dulang.
Penggemar makanan laut pasti akan seronok apabila berkunjung ke Fish Market. Ia menampilkan penyediaan makanan laut gaya Asia yang boleh dipilih sendiri termasuk ikan segar, udang kara dan tiram.
Hidangan signatur di bahagian Fish Market adalah makanan laut stim yang dihidangkan dalam baldi (pail). Pelanggan boleh memilih kuah pilihan mereka sama ada kam heong, creamy butter atau spicy.
Buat mereka yang ingin merasai makanan kegemaran rakyat negara ini tetapi dengan sentuhan lebih mewah, Asian Heroes menyajikan makanan dengan ramuan premium, sebagai contoh Genting Famous Nasi Lemak dihidang bersama Rendang Udang Kara.
Buat penggemar burger, mereka boleh mencari Burgers & Shots, pakar dalam menyediakan burger menggunakan bun brioche disajikan dengan kentang goreng.
Buat mereka yang lebih gemar makanan dibungkus untuk dibawa pulang, terus ke Jon Bing untuk membuat pilihan. Pakar dalam menyediakan krep gulung telur Shanghai yang berisi inti yang lazat.
Jangan lupa mencuba krep bercitarasa Malaysia yang menggabungkan rendang daging, halia, ikan bilis, kacang tanah dan daun bawang.
Meliputi ruang 13,094 meter persegi, pelbagai spektrum penghibur yang menarik seperti DJ JJ, kumpulan NRG, kumpulan Overseez, Elemen D dan juga penari-penari yang bersemangat yang akan mempamerkan koreografi mereka dan juga flash mob sebagai kejutan.
Untuk meraikan perasmiannya, High Line Festival akan diadakan dari 5-7 Oktober dari jam 2 petang hingga lewat malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com
Comments
Post a Comment