HIMALAYA SALT SPORTS CANDY UNTUK GAYA HIDUP BERSUKAN



Pencipta Big Foot Candy, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd dengan rasminya telahpun melancarkan Himalaya Salt Sports Candy, yang menyasar mereka yang gemar bersukan serta beraktiviti di luar.

Dibuat dengan Garam Himalaya semula jadi, gula-gula sukan baru ini sangat berguna jika badan anda memerlukan natrium tambahan selepas senaman yang sengit. Rasa pudina yang menyegarkan juga sesuai untuk sesiapa yang memerlukan nafas segar selepas makan tengah hari atau sebelum mesyuarat atau sesuatu yang menyegarkan pada hari yang panas. Sensasi sejuk gula-gula ini juga menenangkan tekak pada masa yang sama.


Kenny Low, Pengasas dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd berkata inspirasi di sebalik gula-gula sukan ini berlaku semasa perjalanan mendaki bersama sahabatnya.  Peluhan berlebihan menyebabkan penurunan kepekatan natrium dalam aliran darah dan ini mengakibatkan Kenny mengalamai kekejangan yang teruk. Ketika itulah dia mengharapkan adanya gula-gula (dengan kandungan natrium) seperti itu untuk membantu.

Bahan utama gula-gula sukan iaitu Garam Himalaya semula jadi, dipercayai memiliki banyak manfaat kesihatan. Ia mengandungi lebih daripada 80 kesan semula jadi mineral seperti Potassium, Magnesium dan Kalsium yang semuanya dijumpai secara semula jadi di dalam badan. Selain mempromosikan penyerapan mineral dan nutrien ke dalam aliran darah, Garam Himalaya dikenali untuk membantu mengekalkan penghidratan dalam badan. Kenny percaya bahawa manfaat kesihatan Garam Himalaya apabila digabungkan dengan jus Lemon tulen yang kaya dengan vitamin C serta faedah pudina yang menenangkan akan menghasilkan ramuan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh terutama selepas aktiviti sukan yang berat.

“Himalaya Salt Sports Candy datang dalam bungkusan yang mudah dinikmati di mana sahaja. Ia harus ditekankan bahawa gula-gula sukan ini bukanlah suplemen kesihatan tetapi sesuatu untuk menyegarkan kembali apabila anda memerlukan garam serta glukosa semula jadi yang lebih sihat selepas senaman yang baik," kata Kenny.

Di samping pelancaran Himalaya Salt Sports Candy, adalah pengenalan kepada duta gula-gula sukan itu. Goh Liu Ying, pemegang pingat Perak Olimpik 2016 dalam beregu campuran Badminton telah dilantik menjadi duta untuk gula-gula sukan ini kerana dia merupakan contoh peranan yang sesuai untuk pemain muda baik lelaki mahupun wanita. Dia juga menyukai gula-gula ini dan mengambilnya setiap kali dia keluar latihan dan membawanya bersama semasa perlawanan.   

Bukan peminat gula-gula? Syarikat itu juga melancarkan Himalaya Pastilles Peppermint. Pastil enak bersaiz kecil yang datang dalam satu paket yang mudah ditutup semula untuk melegakan tekak dan menyegarkan nafas dengan perisa pudina sejuk.

Kedua-dua Himalaya Salt Sports Candy (15g) dan Himalaya Pastilles Peppermint (25g) adalah disahkan Halal dan boleh didapatkan di farmasi-farmasi utama, pasar raya, dan pasar raya besar di seluruh negara. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.