TEMUI BINTANG-BINTANG MUZIK TANAHAIR DI ‘JIMBA FEST TOUR’

Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) dan Warner Music
menjemput semua belia Malaysia untuk menyertai acara Jimba Fest Tour, dipenuhi
dengan keseronokan dan muzik, yang akan diadakan di lima lagi lokasi dari 21
Oktober sehingga 26 November di seluruh negara.
Pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan
artis-artis kesayangan mereka seperti Maya
Karin, Aizat Amdan, Awi Rafael, Kaka Azraff, Datin Alyah, Nora, Yasin, Aziz
Harun, Andi Bernadee, Amir Hasan dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang
dianjurkan sepanjang hari tersebut dan memenangi hadiah premium yang menarik
daripada Digi dan Warner Music Malaysia. Pelanggan Digi yang baharu dan yang
sedia ada juga berpeluang untuk mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu artis
serta mencuba nasib mereka dalam acara cabutan bertuah untuk memenangi lebih
banyak hadiah.
Sebuah Pertandingan
Nyanyian Lain dari yang Lain
Bagi para penggemar muzik, Digi juga telah berkolaborasi
dengan Warner Music Malaysia dan Smule untuk membawakan Digi Idol, sebuah
pertandingan nyanyian dengan sesi ujibakat yang diberikan sentuhan menarik. Pertandingan
unik ini memberikan para peserta pilihan untuk menjalani uji bakat mereka di
tapak Jimba Fest atau secara digital – ia merupakan pertandingan nyanyian
pertama yang menggabungkan platform uji bakat luar talian dan dalam talian
dengan Smule.
Bagi kedua-dua segmen uji bakat yang diadakan, para
peserta perlu mendaftarkan diri mereka dalam aplikasi Smule dan menghantar
rakaman nyanyian mereka dengan memilih salah satu daripada tiga lagu yang
diberikan, iaitu Hana oleh Aziz Harun
dan Hannah Delisha; Sibuk oleh Kaka
Azraff atau Jutaan Purnama oleh Alyah.
Peserta yang dinobatkan sebagai juara akan berpeluang
untuk membuat persembahan di atas pentas utama serta memenangi wang tunai
bernilai RM 500. Lima peserta terbaik termasuk juara akan memenangi akses VIP Smule
selama setahun.
Pertandingan tersebut dibuka bagi semua warga Malaysia – pelanggan
Digi atau bukan pelanggan Digi boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Digi
Idol ini.
Pertandingan Akhir Digi Idol akan bertempat di
lokasi-lokasi Jimba Fest Tour yang tertera di bawah:
Tarikh
|
Lokasi
|
21 Oktober
|
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat
|
26 Oktober
|
Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
|
31 Oktober
|
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung
Malim
|
10 November
|
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
|
26 November
|
Universiti Teknikal Malaysia (UTM), Melaka
|
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan
ini, sila layari laman web komuniti MyDigi di sini.
Comments
Post a Comment