KONSERT ULANGTAHUN KE-40 RICHARD CLAYDERMAN




Pemain piano terkemuka, Richard Clayderman yang juga diberi jolokan "Prince of Romance" bakal kembali ke Malaysia untuk konsert Ulang Tahun ke-40 di dalam industri muzik.
Konsert tersebut bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center pada 16 November ini!

Disahkan oleh Guinness Book of Records sebagai pemain piano yang paling berjaya di dunia, anda tidak harus ketinggalan untuk menyaksikan persembahan dari Richard Clayderman. Beliau telah berjaya menjual 150 juta album dan mendapat status jualan album sebanyak 267 Gold and 70 platinum.



Sempena konsert tersebut, Starline Productions dan Yamaha sedang mencari pemuzik Malaysia yang berbakat untuk persembahan pembukaan bagi konsert Richard Clayderman!

Pertandingan dibuka untuk pemuzik berumur 5 tahun ke atas dan berbakat dalam memainkan sebarang alat muzik. Untuk mengambil bahagian, peserta harus memuat naik video mereka ke YouTube, Facebook atau Instagram dan menggunakan tanda pagar #RCOpeningAct2018.

Tarikh tutup penyertaan adalah 9 November 2018, dan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2018.

Tiket-tiket konsert berharga RM 538 (Platinum), RM 388 (Category 1), RM 288 (Category 2 & 3) and RM 208 (Category 4) boleh di dapati di www.MyTicket.asia

Pemegang kad kredit Hong Leong layak untuk mendapatkan diskaun 10%. Untuk mendapatkan diskaun, pelanggan harus menghubungi 013-344 9154 (Isnin - Ahad di antara 10 pagi to 6 petang.

Untuk maklumat lanjut tentang konsert dan peraduan, sila ikuti https://www.facebook.com/StarlineProductionAsia/

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN