MELANCONG SECARA SOLO KIAN MENJADI TREND
Dengan waktu kerja
yang lebih panjang, kekerapan berhubung secara digital dan tanggungjawab yang
semakin bertambah, tidak hairanlah semakin ramai orang memilih untuk melakukan
perjalanan solo bagi menjauhkan diri (untuk sementara) daripada semua itu!
Menurut kaji selidik daripada Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, para pelancong memilih untuk melancong secara solo untuk berehat daripada ketegangan kehidupan moden.
Menurut kaji selidik daripada Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, para pelancong memilih untuk melancong secara solo untuk berehat daripada ketegangan kehidupan moden.
Kaji selidik Agoda
`Trend Kembara Solo 2018’, dijalankan oleh YouGov, mendapati berehat dan masa
untuk menenangkan diri adalah pendorong nombor satu bagi percutian solo di
seluruh dunia (61%), berbanding 48% yang melancong bersama kawan-kawan.
Pengembara solo yang disoal selidik juga menyatakan lari dari rutin (52%) dan
meneroka budaya baharu (45%) sebagai pendorong utama.
Jurang usia antara pelancong solo Asia dan Barat
Menariknya, pelancong solo Asia lebih cenderung berusia lebih
muda – Millennial (41%) dan Generasi Z (38%) – manakala
di Barat, perjalanan solo lebih digemari oleh Baby Boomers (39%) dan Generasi X (24%).
Pelancong solo
Barat lebih cenderung melakukan kembara solo untuk tempoh yang lebih lama,
dengan kekerapan 4-7 malam (34%). Di samping itu, pelancong solo Barat adalah
dua kali ganda akan melakukan perjalanan yang melebihi 14 malam (20% berbanding
10%). Pelancong solo Millennial dan Generasi Z dari Asia lebih suka tempoh
pendek 1-3 malam sahaja (46%).
Trend ke arah lebih masa kepada gajet
Tidak
memeranjatkan, pelancong santai solo meluangkan lebih banyak masa di hadapan
komputer riba dan telefon mereka berbanding jenis pengembara lain – dua sejam
sehari (119 minit), yang dibandingkan dengan 15% lebih banyak masa apabila
pelancong mengembara bersama kawan-kawan (100 minit) dan 26% lebih banyak masa
berbanding mengembara bersama ahli keluarga (86 minit).
Pelancong solo Asia adalah yang paling disambung secara digital dan adalah lebih dua kali ganda lebih mungkin akan menghabiskan empat jam atau lebih sehari di hadapan skrin mereka berbanding rakan sebaya mereka di Barat (31% berbanding 12%).
Destinasi kosmopolitan mendominasi carta
Sama ada untuk
urusan perniagaan, perjalanan bersantai atau ‘b-leisure’
(gabungan business dan leisure travel), pelancong solo bebas kesemuanya menuju ke bandar-bandar
kosmopolitan di seluruh dunia.
Menurut data tempahan Agoda, Bangkok (Thailand) adalah destinasi utama bagi pelancong solo Asia tahun ini, manakala London (United Kingdom) adalah nombor satu bagi pelancong solo Barat. Kedua-dua bandar itu memiliki banyak tarikan untuk pelancong solo nikmati, daripada membeli-belah dan hiburan malam hinggalah kepada kebudayaan dan keenakan makanan.
Menurut data tempahan Agoda, Bangkok (Thailand) adalah destinasi utama bagi pelancong solo Asia tahun ini, manakala London (United Kingdom) adalah nombor satu bagi pelancong solo Barat. Kedua-dua bandar itu memiliki banyak tarikan untuk pelancong solo nikmati, daripada membeli-belah dan hiburan malam hinggalah kepada kebudayaan dan keenakan makanan.
Tokyo (Jepun) adalah
pilihan yang popular bagi pelancong Asia dan Barat, dipilih dalam pilihan tiga
teratas bagi kedua-dua kumpulan. Dengan pelbagai juadah, budaya dan pilihan
penginapan, dari hotel kapsul hingga kediaman dan resort
mewah 5-bintang, kota ini menawarkan begitu banyak pilihan untuk setiap
jenis pelancong solo.
Destinasi Utama Pengembara Solo 2018
|
||
Rank
|
Pengembara Asia
|
Pengembara Barat
|
1
|
Bangkok,
Thailand
|
London,
United Kingdom
|
2
|
Kuala
Lumpur, Malaysia
|
Tokyo,
Jepun
|
3
|
Tokyo,
Jepun
|
Sydney,
Australia
|
4
|
Singapura
|
Melbourne,
Australia
|
5
|
Hong
Kong
|
New
York (NY), Amerika Syarikat (AS)
|
6
|
Ho
Chi Minh City, Vietnam
|
Bangkok,
Thailand
|
7
|
Manila,
Filipina
|
Los
Angeles (CA), AS
|
8
|
Bali,
Indonesia
|
Las
Vegas (NV), As
|
9
|
Jakarta,
Indonesia
|
Singapura
|
10
|
Chiang
Mai, Thailand
|
Paris,
Perancis
|
Sila ke www.agoda.com/gosolo untuk menempah kembara solo anda sendiri!
Comments
Post a Comment