PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA 1 DISEMBER



Menjelang 1 Disember 2018, Pavilion Hotel Kuala Lumpur bakal membuka pintunya kepada orang ramai. Hotel yang diuruskan oleh Banyan Tree ini adalah hotel pertama di bawah Pavilion Group.

Pavilion Hotel Kuala Lumpur mempunyai 13 tingkat dan terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah mewah Pavilion Kuala Lumpur. Dengan lokasinya yang stragtegik, para tetamu hotel boleh menikmati pusat-pusat membeli-belah dan tarikan pelancong yang berdekatan di kawasan Bukit Bintang.


Hotel ini menawarkan 325 bilik dan suite mewah yang mempunyai rekaan kontemporari, urban dan selesa. Bagi yang gemarkan kulinari, hotel ini mempunyai pelbagai restoran seperti The Courtyard, di aras 8 yang menghidangkan pelbagai sajian rantau Asia Tenggara; restoran Jepun Ebisu, Whisky Cove dan sebagainya.


Antara kemudahan lain yang ditawarkan oleh Pavilion Hotel Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat, dewan ballroom dengan kapasiti 500 orang, Spa Banyan Tree, gimnasium Sky Gym dan kolam renang Rooftop Infinity Pool.


Untuk meraikan pembukaannya, Pavilion Hotel Kuala Lumpur menawarkan Opening Celebration package di mana tetamu boleh menempah satu bilik dengan harga dari MYR498++ untuk satu malam, termasuk bufet sarapan pagi untuk dua orang dan diskaun 15% untuk makan malam di The Courtyard. 

Selain dari itu, tetamu juga boleh mendapatkan diskaun 30% untuk urutan seluruh badan dan diskaun15% untuk pakej rawatan di Banyan Tree Spa dan diskaun 15% untuk produk Banyan Tree Essentials. 


Tawaran tersebut sah mulai 15 October 2018 sehingga 31 Mac 2019 – untuk penginapan mulai 1 Disember sehingga 31 Mac 2019. Untuk tempahan, sila hubungi talian +603 2117 2800 atau emel ke reservations-pavilionhotelkl@banyantree.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.banyantree.com/en/malaysia/pavilion-hotel.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING