PENYIAR ANTARABANGSA JERMAN DW KEMBALI KE TONTON
Deutsche Welle (DW), sebuah syarikat penyiaran bebas yang berwibawa dari Jerman, hari ini mengumumkan kerjasama antara DW dan tonton, platform OTT nombor 1 dan terbesar di Malaysia.
DW, penyiar antarabangsa Jerman yang terkenal dengan kebebasannya dalam melaporkan berita mengambil inisiatif untuk membekalkan kandungan berita antarabangsa kepada pasaran di Malaysia.
DW yang sebelum ini pernah berkerjasama bersama tonton membuat siaran terakhirnya pada awal tahun 2017. Dikesempatan ulang tahun yang ke -65, penyiar antarabangsa Jerman ini yang membina tradisi kejayaan di seluruh dunia melalui pengatucaraan berkualiti serta sumber berita yang boleh dipercayai membuat percaturan semula dengan memasuki kembali pasaran Malaysia.
Memegang falsafah "Think globally, act locally" menjadi tiang utama kepada syarikat ini. DW menawarkan pandangan global yang baru kepada penonton dalam bentuk berita yang tidak berat sebelah, sumber yang dipercayai dan menyalurkan maklumat melalui platform dalam talian tempatan yang popular seperti tonton.
Kemunculan semula DW di platform tonton pada kali ini menawarkan lebih kandungan dengan tawaran dua jenis kandungan rancangan iaitu saluran linear - DW English dan kandungan Video On Demand - DW VOD, dalam bentuk klip pendek.
Saluran linear DW English merupakan saluran TV berbahasa Inggeris yang bersiaran 24 jam, menyediakan laporan mengenai isu-isu penting, analisis dan pandangan yang teliti seantero dunia untuk penonton globalnya. Saluran ini mengenengahkan berita terkini, laporan khas dan rancangan bual bicara yang merangkumi aspek perniagaan, sains, politik, budaya dan juga sukan.
Selain dari itu, pastikan anda ikuti satu dokumentari paling menarik dalam sejarah kontemporari menerusi Filem Dokumentari : The Arrow of Time – Gorbachev and the Opputunity for Peace Wasted atau dapatkan laporan berita secara mendalam untuk setiap tajuk yang dipaparkan di dalam The Current Affairs Documentary.
Semuanya hanya dan menerusi siaran DW English yang membawakan berita secara lebih eksklusif, lebih dekat untuk tatapan penonton.
Manakala DW VOD menghidangkan kandungan VOD premium dalam bentuk klip pendek yang tersedia melalui tonton. Ianya terdiri daripada kandungan khas seperti BirdsEye, Try This! , Now You Know, Dresscode dan Euromaxx DIY.
Intergrasi DW didalam portal tonton merupakan platform terbaik untuk mengembangkan pasaran dan pengedaran kandungan mereka di Wilayah Asia Pasifik khususnya rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga salah satu cara promosi yang baik dengan menggalakkan pertukaran informasi antara budaya dan masyarakat dunia.
Peter Limbourg, Ketua Pengarah Deutsche Welle berkata mengenai kerjasama itu: "Ini adalah satu hebahan berita yang menarik untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia, di mana DW kembali menempatkan diri di platform tonton tahun ini. Di DW, kami mengolah berita antarabangsa dengan memberikan lebih perspektif dan menekankan informasi latarbelakang yang membolehkan penonton di seluruh dunia memahami dengan lebih baik tentang berita dunia. Jangkauan kami adalah untuk menarik golongan penonton muda agar lebih berminat untuk mengetahui tentang berita dunia. Bagi mencapai matlamat ini, kami sangat menitikberatkan cara olahan dan penyampaian berita dan memperbanyakkan program yang mampu menjadi bahan bualan penonton. Kami yakin dengan pemilihan tonton sebagai rakan kongsi mampu menyediakan DW peluang untuk menjadi suara informasi dan penyampai maklumat dunia yang utama di rantau ini."
Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengulas tentang integrasi ini, "Di dalam dunia yang serba canggih dan sentiasa berubah, teknologi penyebaran dan penyaluran maklumat di Malaysia juga dilihat berkembang pesat dekad ini. Adalah satu kemestian kepada rakyat Malaysia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, perkembangan terbaharu dalam hal ehwal semasa seiring dengan kemajuan teknologi yang sedia ada. Kami yakin dengan kerjasama yang terjalin antara DW dan tonton ini mampu menarik lebih ramai penonton di Malaysia dan sekaligus menaikkan lagi jumlah tontonan di platform tonton. tonton kini boleh diakses tanpa sebarang kos kepada pengguna di Malaysia."
Kedua-dua saluran linear DW Inggeris dan kandungan DW VOD boleh dilayari di tonton bermula 15 Oktober 2018.
Nikmati kesemua kandungan secara PERCUMA pada aplikasi tonton baru atau menerusi www.tonton.com.my.
Comments
Post a Comment