POLIS EVO 2 BAKAL MELEDAK DI PAWAGAM 22 NOVEMBER INI



Filem Polis Evo yang menjadi filem no.1 kutipan box office tahun 2015, bakal kembali dengan sekuel terbarunya POLIS EVO 2 (PE2) dan akan menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 22 November 2018! 

Bagi menaikkan bahang serta memberi keterujaan kepada penonton, satu majlis pelancaran filem telah diadakan di The GASKET ALLEY, Petaling Jaya bagi Mengumumkan tarikh rasmi tayangan di pawagam, poster rasmi,.teaser trailer, pengarah, barisan pelakon dan lagu tema. 

Filem Polis Evo mencetuskan gelombang fenomena tersendiri dalam industri perfileman tanah air dan pasti sekuelnya dinanti-nantikan oleh sebahagian peminat dan penggemar filem. PE2 telah menjalani sesi penggambaran pada tahun lalu selama 85 hari di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah. 


Filem terbitan Astro Shaw dan Surya Citra Media (SCM), manakala produksi oleh BlackFlag ini masih memberi fokus kepada genre aksi polis, dan lebih menarik PE2 kali ini bukan sahaja padat dengan aksi-aksi yang memukau malah jalan ceritanya juga dikembangkan lebih meluas. 

Pengarah muda Joel Soh dan Andre Chiew telah mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengarah PEZ dengan memberi sentuhan baru. Sementara itu, PE2 masih mengekalkan Joel Soh, Anwari Ashraf dan Kyle Goonting sebagai penulis skrip. 

Gandingan mantap 'bromance' antara Shaheizy Sam dan Zizan Razak sekali lagi menjadi taruhan selaku tunggak utama PE2 dengan menampilkan seorang figura dari Indonesia, Raline Shah. 


Apa yang lebih membanggakan, PE2 juga membariskan para pelakon yang berwibawa hasil gabungan tiga buah negara di mana daripada Malaysia menampilkan Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli; Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman; Manakala pelakon Indonesia lain yang membintangi filem ini ialah Mike Lucock dan Tanta Ginting. 

Untuk pertama kalinya, filem ini juga akan dapat ditonton di Indonesia di mana tarikh tayangan di sana dijangka Disember ini. 

Lagu tema memainkan peranan yang penting dalam perjalanan sesebuah filem itu. Lagu berentak 'up beat' yang sesuai dengan kisah filem ini yang mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis telah dipilih menjadi runut bunyi bagi lagu tema utama PE2. 


Lagu bertajuk Sang Saka Biru dinyanyikan oleh gabungan penyanyi Hip Hop terulung Malaysia iaitu Joe Flizzow, SonaOne, Altimet dan Alif. Lagu ini merupakan ciptaan muzik oleh Alif dan SonaOne manakala lirik oleh Joe Flizzow, Altimet dan Alif. 

PE2 juga menerima tajaan daripada Rakan Jenama Rasmi BHP, Dashing, New Balance, dan Isuzu. Syarikat Penerbangan Rasmi, Air Asia serta Penaja Rasmi Hari Hari. 

Menurut Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh mengakui penonton masa kini lebih cenderung memilih filem yang mereka ingin tonton. Jadi, ia menjadi satu cabaran buat pihaknya selaku penerbit untuk sentiasa tampil dengan filem yang baik dan tambahan pula apabila sesebuah filem itu merupakan sekuel kepada jenama yang pernah memberi impak kepada industri filem tempatan. Semestinya orang di luar sana yang menantikan filem tersebut mengharapkan sesuatu yang lebih dari garis pencapaian sebelum ini. 

"Setelah kejayaan luar biasa Hantu Kak Limah ia telah membuka mata penonton & peminat serta industri filem tanah air terhadap minat mereka untuk terus menyokong filem tempatan. Bagi memperkukuhkan lagi momentum kepercayaan penonton, pihak kami sentiasa mengkaji dan komited dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti serta menepati selera penonton. Bukan itu sahala, malah selaku penerbit filem di Malaysia, pihak kami juga rasa bertanggungjawab untuk membawa filem tempatan melangkah lebih jauh dan menerajui pasaran luar sekaligus filem tempatan dapat diterima di negara-negara luar. Jadi kami mengharapkan P62 yang merupakan filem penutup untuk Astro Shaw bagi tahun 2018 ini dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan mampu berdiri setanding dengan filem antarabangsa." 


PEZ menampilkan lnspektor Sani dan Inspektor Khai kembali berdepan dengan cabaran lebih besar apabila melibatkan sekumpulan pengganas yang juga mengamalkan ajaran sesat menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. 

Pasukan Tindakan Khas yang merupakan gabungan anggota polis terbaik dari Malaysia dan Indonesia dihantar bagi menyelesaikan insiden ini. Namun, misi mereka gagal apabila diserang hendap dan menyebabkan hampir kesemua mereka terbunuh. 

Kerajaan Malaysia dan Indonesia menemui jalan buntu dan terpaksa meneruskan rundingan bagi mengurangkan angka korban di kalangan tebusan. Harapan kini terletak pada bahu dua anggota polis, Inspektor Sani dan Inspektor Khai serta beberapa lagi ahli 513 untuk menyelamatkan tebusan, seterusnya menumpaskan kumpulan pengganas tersebut. 


Nantikan kemunculan PEZ yang akan menemui para penonton menerusi pawagam di seluruh negara, mulai 22 November 2018. 

Ikuti perkembangan terkini tentang PE2 menerusi akaun rasmi Astro Shaw di Facebook, Twitter, Instagram, serta Youtube. 

Pengguna juga boleh menggunakan tanda pagar #PolisEvoz dan #PEZ di laman sosial untuk berkongsi tentang keterujaan mereka terhadap filem ini. 

Peminat juga boleh dapatkan koleksi istimewa Polis Evo 2 di BHPetromart & sertai peraduan untuk memenangi tiket ke Tayangan Gala! Serta menangi pelbagai hadiah lumayan dengan menyertai peraduan Polis Evo 2 anjuran DASHING, jenama produk penjagaan Ielaki.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA