COCA-COLA LANCAR MINUMAN BARU - NUTRI BOOST

Coca-Cola telah melancarkan Nutri Boost™, minuman inovatif baru yang menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah-buahan sebenar dalam satu “minuman susu + jus” mudah dan sedia diminum, yang kini didapati di Malaysia.
Tersedia dalam perisa oren dan strawberi, minuman susu dan jus yang disahkan Halal ini diperkaya dengan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti Zink dan Kalsium.
Nutri Boost™ boleh didapati
di seluruh negara dan dijual dalam botol bersaiz 250 ml pada harga runcit yang
disyorkan iaitu RM2.50.
“Komitmen kami adalah untuk
sentiasa menyediakan minuman dan pengalaman yang pengguna inginkan bagi
menyeronokkan lagi detik-detik harian mereka. Menurut penyelidikan pengguna
kami, terdapat permintaan yang belum dipenuhi dari pengguna yang inginkan
minuman yang memberikan manfaat seperti dalam susu dan juga kelazatan dan
kesegaran seperti dalam jus buah-buahan. Memandangkan ini, kami telah
memperkenalkan Nutri Boost™,” kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Singapura
dan Brunei, Ahmed Yehia.
“Kami percaya bahawa Nutri
Boost™ adalah satu cara yang menarik, lazat dan menyegarkan untuk membekalkan
tenaga. Ia boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang hari, terutamanya
apabila rangsangan tenaga yang cepat dan lazat diperlukan. Jus buah-buahan
sebenar menambahkan kesegaran yang lazat manakala vitamin melengkapi pemakanan
yang diperlukan sepanjang hari dalam gaya hidup yang sibuk,” kata Ahmed Yehia.
Bersempena dengan
pelancaran ini, Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan aplikasi pengecaman
muzik, Shazam, bagi membolehkan pengguna menebus botol percuma Nutri Boost™
dengan mudah melalui setiap imbasan isyarat audio atau visual dari komunikasi
jenama tersebut.
“Kempen Shazam lazimnya
digunakan untuk mendorong penglibatan atau kesedaran jenama. Ini merupakan
kempen pertama dengan Shazam di rantau ASEAN yang mendorong penebusan produk
dengan menggalakkan lawatan ke kedai. Apa yang kita dapat lihat di sini juga
merupakan titik sentuhan dan penyepaduan paling besar dengan platform Shazam di
pasaran ASEAN bagi memaksimumkan penutupan kitaran pembelian kami,” kata Lim
Kean Yew, Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu.
Pengguna hanya perlu
mengimbas mana-mana iklan yang mengandungi isyarat Shazam dari Nutri Boost™,
dan kemudian masukkan nama dan nombor telefon bimbit untuk mendapat kod unik
mereka. Ini boleh ditukar dengan mudah di kedai MyNews.com yang terdekat.
“Kami berbesar hati untuk
bekerjasama dengan Coca-Cola dan Mediacom dalam kempen penebusan pertama kami
di pasaran Malaysia. Kami juga teruja dapat menjalankan kempen yang membolehkan
pengguna mengakses Nutri Boost™ secara percuma dengan menggunakan Shazam di
mana-mana titik sentuhan pengguna yang berkaitan dengan kempen ini. Dengan menggabungkan akses yang mudah kepada kandungan dengan pengalaman
mudah alih yang menarik, kami berharap dapat menyediakan satu cara yang mudah
dan berkesan untuk mendorong pensampelan dan penebusan produk bagi jenama Nutri
Boost™,” kata Steve Sos, Pengarah Urusan, Shazam.
Nutri Boost™ akan
dihasilkan di kilang pembuatan Coca-Cola di Enstek Halal Park.
“Walaupun jenama Coca-Cola
adalah teras kepada The Coca-Cola Company, kami juga akan melabur dalam
kategori minuman yang dikehendaki pengguna. Nutri Boost™ menunjukkan bagaimana
The Coca-Cola Company dapat berkembang menjadi sebuah syarikat minuman yang
menyeluruh. Ini termasuk memahami citarasa pengguna yang sentiasa berubah dan
memperkenalkan jenama khusus pengguna ke pasaran,” kata Ahmed Yehia.
Comments
Post a Comment