HAIRKUNST - SALUN EKSKLUSIF KHAS BUAT MUSLIMAH



Sebuah lagi cawangan HAIRKUNST dilancarkan hari ini di Melawati Mall, Taman Melawati, Kuala Lumpur, dengan kehadiran kumpulan media cetak, elektronik dan televisyen serta pereka-pereka fesyen tempatan, tetamu-tetamu kenamaan dan barisan artis ternama tanah air. 

Majlis pelancaran bertemakan garden chic telah dihoskan Oleh penyanyi Ezlynn dan diserikan dengan persembahan naib juara Gegar Vaganza 4, iaitu Liza Hanim. 

Menurut pemilik dan pengarah urusan Hairkunst Hijabis iaitu Datin Yuskiahniza Md Yusof, beliau telah lama mengimpikan untuk membuka salun berkonsepkan Muslimah, lebih-lebih lagi apabila menyedari bahawa tidak banyak salun yang memberi peluang kepada wanita-wanita bertudung untuk mendapatkan terapi dan memanjakan diri tanpa perlu menjaga batasan aurat semasa di salun. 

Kewujudan Hairkunst Hijabis sememangnya tampil untuk golongan ini dengan menyediakan ahli terapi Muslimah yang menguruskan pelanggan-pelanggan dan larangan kehadiran lelaki di ruang terapi termasuklah suami yang datang untuk menemani isteri mereka. 

Tambah Datin Yuskiahniza, ramai wanita Muslimah masa kini yang peka dalam soal penjagaan aurat sekali gus mencari salun sesuai untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Beliau menganggap amalan berkunjung ke salun untuk membelai dan memanjakan diri adalah penting untuk setiap wanita tidak kira jenis penampilan, umur mahupun bangsa. 

Salun yang mula beroperasi sejak Mac lalu, menyediakan empat jenis rawatan rambut antaranya rawatan kulit kepala dan detoks, rawatan mandian krim Bali untuk rambut dan kulit kepala. Selain rawatan rambut rosak, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat menggunting, mencuci dan mengeringkan rambut dari penggaya rambut profesional serta solekan.

HairKunst Hijabis In Melawati Mall
Alamat: Melawati Mall, Unit No. L2-20, No. 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur, 53100, Wilayah Persekutuan, 53100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-4162 0979
Laman FB: https://www.facebook.com/hairkunst/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM