KUMPULAN BAHARU TERHANGAT KOREA, "KARD" TIBA DI MALAYSIA



Bagi peminat-peminat selia muzik K-Pop, berita baik untuk anda! Kumpulan baharu terhangat Korea Selatan, "KARD" kini di Malaysia! Buat julung kalinya, KARD akan membuat kemunculan istimewa di Lazada 11 .11 Super Show yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada malam ini! 

Lazada 11.11 Super Show adalah kemuncak kepada festival bell-belah atas talian terbesar di Malaysia selama sehari oleh Lazada iaitu Festival Beli-Belah Lazada 11.11. 

Bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan ntv7 pada pukul 10.00 malam, malam yang penuh dengan persembahan hebat, drama pentas dan permainan ini turut menampilkan blntang-bintang terkenal seperti Cakra Khan, Ella, Ziana Zain, Amy Mastura, Bunkface, Khal Bahar dan ramai lagi.


Kemuncak pada malam ini adalah persembahan oleh KARD, yang dinanti-nantikan oleh para peminat tegar K-Pop. KARD merupakan artis di bawah naungan DSP Media dan dianggotai oleh 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu J.Seph (Ace), B.M (King), Somin (Black Joker) dan Jiwo (Colour Joker). 

Kumpulan ini telah membuat "debut" rasmi mereka pada Julai 2017 dengan album mini berjudul 'Hola Hola". Walaupun baru sahaja setahun dalam industri, KARD telah memenangi anugerah artis berkumpulan baharu terbaik (Best Rookie) di Asia Artist Award, serta anugerah berkumpulan baharu terhangat (Hottest Rookie) di CJ E&M America Awards. 

KARD telah menjelajahi lebih 17 negara di mana setiap persembahan mereka habis terjual di serata dunia antaranya Amerika Utara dan Selatan, Eropah serta Australia. 


Antara single KARD yang berjaya menakluki tempat pertama di carta utama iTunes untuk 13 negara termasuk Malaysia, Singapura, lndonesla, Australia dan Amerika Syarikat adalah 'Oh Nana', ‘Don’t Recall', dan ‘Rumour'. 

Lebih menarik lagi, "Hola Hola" telah menduduki tempat ketiga di carta Billboard World Album walaupun baru seminggu dilancarkan pada tahun lalu.

Menariknya di Lazada 11.11 Super Show malam ini, penonton di arena dan di rumah turut berpeluang untuk memenangi kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI menerusi panggilan video yang akan dibuat oleh artis kegemaran mereka melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung. 

Kepada peminat muzik K-pop, jangan lupa untuk saksikan persembahan KARD secara langsung di Lazada 11.11 Super Show malam inil Acara ini juga boleh disaksikan secara siaran langsung berdefinisi tinggi di Youtube TV3 Malaysia serta aplikasi Lazada. 


Acara karpet merah pula akan bersiaran secara langsung di saluran ntv7. Acara ini juga boleh ditonton secara strim langsung berdefinisi tinggi di YouTube ntv7malaysia.

Kunjungi www.lazada.com.my dan laman media sosialnya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Beli-Belah Lazada 11.11! 

Layari juga laman sesawang www.xtra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lazada 11.11 Super Show lni. Gunakan tanda pagar #MYLazada1111 untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial anda.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO