SEMARAK SENI, BUDAYA & ILMU DI LORONG BUKU SHAH ALAM



Buat pertama kali LORONG BUKU, sebuah projek Kota Seni Shah Alam akan menyemarakkan aktiviti seni, budaya dan ilmu di Laman Seni 7, Shah Alam pada hari Sabtu, 3 November, 11 pagi - 6.30 petang.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur untuk para pengunjung adalah:

1) 50 pengunjung bertuah akan mendapat hadiah misteri dengan syarat Like Facebook Kota Seni Shah Alam atau ikuti Instagram kotaseni_shahalam serta swafoto! Jangan lupa untuk sertakan tanda pagar #kotasenishahalam. Tebus hadiah misteri anda daripada krew Lorong Buku!

2) Segmen WARNA yang menampilkan persembahan puisi, tarian, angklung dan buskers.

3) Segmen BUAL akan membedah buku dan percambahan ilmu!

4) Aktiviti membaca dan kraf kanak-kanak secara percuma bersama Mobile Library!

5) Lebih 20 penjual buku turut mengambil bahagian dan kuiz interaktif disediakan untuk semua pengunjung

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/kotasenishahalam/

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

AUTOMECHANIKA KUALA LUMPUR 2026 MELETAKKAN MALAYSIA SEBAGAI HAB MOBILITI ASEAN SETERUSNYA DI TENGAH PERUBAHAN EV DAN RANTAIAN BEKALAN

RECHARGE ALONG YOUR JOURNEY: ZERO HEALTHCARE TAWAR URUTAN PERCUMA DI 5,000 LOKASI

MALAYSIA HEALTH & BEAUTY AWARDS 2026 MERAIKAN JENAMA YANG DIPERCAYAI DAN DIGUNAKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA SETIAP HARI