TROPICANA TWISTER LANCAR WAJAH BARU JUSNYA
Sementara
kita menghampiri penghujung tahun, Tropicana, iaitu jenama jus nombor 1 dunia[1]
ingin merangkap tahun 2019 dengan penampilan yang baharu. Bersempena dengan
pelancaran kempen “Nikmati Kebaikan Sebenar”, jenama jus tersebut mengumumkan
bahawa ia telah menampilkan wajah baharu bagi varian Tropicana Twister yang
terdiri daripada Juicy Burst, Epal dan Fruit Pulp pada bulan ini.
Proses
penyertaan peraduan ini adalah sangat mudah. Para peserta hanya perlu membeli dua
(2) botol Tropicana Twister yang bersaiz 355ml atau 1.5L dalam mana-mana perisa
dalam satu resit di mana-mana cawangan 99 Speedmart dan menghantar penyertaan merangkumi
resit dan butiran peribadi menerusi WhatsApp, di samping menyimpan resit asal
sebagai bukti pembelian. Hanya SATU (1) resit dibenarkan untuk setiap
penyertaan.
Sepanjang peraduan
tersebut, seramai 21 pemenang untuk setiap hari akan diumumkan. 20 pemenang
akan memperoleh wang tunai bernilai RM50 manakala seorang pemenang yang bertuah
akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000. Hadiah wang tunai
keseluruhan bernilai RM60,000 bakal menjadi rebutan para peminat Tropicana!
Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh diperoleh menerusi laman Facebook
Tropicana Malaysia di https://www.facebook.com/mytropicana/.
Bukan itu
sahaja, bermula dari 1 November sehingga 30 November 2018, pengguna
boleh mendapatkan baucar tart keju Hokkaido secara percuma apabila mereka
membeli dua (2) botol Tropicana Twister bersaiz 355ml dalam mana-mana perisa yang
mempunyai label baharu di stesen Shell Select. Di outlet myNEWS.com pula,
pengguna boleh mendapatkan baucar diskaun Sakae Sushi yang bernilai RM10 untuk
penawaran pembelian yang sama dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2018.
“Pengenalan wajah baharu Tropicana Twister berserta kempen ‘Nikmati Kebaikan
Sebenar’ merupakan kaedah untuk menyegarkan imej jus semula jadi tersebut dalam
kalangan pengguna. Sebagai jenama jus yang terkemuka di negara ini, Tropicana berharap
untuk kekal menjadi pilihan utama bagi warga Malaysia,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.
“Kami
berharap dengan memperbaharui penampilan perisa Tropicana Twister seperti Juicy Burst, Epal dan Fruit Pulp, kami dapat
menarik pengguna untuk merasai Tropicana Twister yang kaya dengan vitamin dan
jus semula jadi, dan pada masa yang sama, memberi mereka peluang untuk membawa
pulang hadiah-hadiah yang menarik,” tambah beliau.
Tropicana sentiasa
komited untuk menggunakan buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk menzahirkan
minuman jus dengan rasa yang terbaik, diperbuat daripada jus buah-buahan
sebenar yang diperkayakan dengan vitamin. Setiap botol Tropicana Twister dipenuhi dengan
kebaikan yang dapat dinikmati oleh pengguna. Sebagai pakar jus semula jadi, Tropicana bermatlamat untuk terus menggembirakan para pengguna dengan
minuman-minuman yang menyegarkan.
Maklumat
lanjut serta perkembangan yang terkini mengenai kempen-kempen Tropicana yang
akan datang boleh didapati di https://www.facebook.com/mytropicana/.
Comments
Post a Comment