"3M IMPAK" BAWA IMPAK POSITIF MELALUI MYSKILLS & SOLS 24/7

Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia (kanan), menyumbangkan cek kepada Mr. Pasupathi Sithamparam, Director of MySkills Foundation (tengah) and Mr. Devasharma Gangadaran, CEO of MySkills Foundation

Syarikat sains global, 3M telah menganugerahkan geran yang bernilai ASD$10,000 kepada dua pertubuhan bukan kerajaan, MySkills dan SOLS 24/7. Entiti-entiti tersebut merupakan sebahagian daripada program 3M Impact yang sulung dan program ini membidik untuk membawakan impak yang positif kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.

Program 3M Impact ini merupakan sebuah program perkhidmatan pro-bono yang berpaksikan kemahiran. Ia menyaksikan pasukan-pasukan yang terdiri daripada warga 3M menawarkan masa dan kebolehan mereka secara sukarela untuk membantu organisasi-organisasi yang bukan bermotifkan untung di seluruh dunia. Program tersebut diperkenalkan pada tahun lepas dengan Malaysia dinamakan antara negara yang terpilih bagi program berkenaan. Peserta 3M Impact berinteraksi dengan pertubuhan bukan kerajaan, MySkills dan SOLS 24/7 sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut.

MySkills merupakan sebuah organisasi yang membantu untuk menyediakan peluang kedua bagi golongan-golongan belia yang kurang bernasib baik agar mereka dapat memperoleh pelbagai kemahiran asas yang melibatkan perihal sosial, kehidupan dan pekerjaan, manakala SOLS 24/7 pula bermatlamat untuk membasmi kemiskinan dengan menawarkan pelajar-pelajar mereka kemahiran teknikal yang dikehendaki dalam industri solar, pendidikan bahasa Inggeris dan latihan pembangunan kendiri sambil memenuhi keperluan akomodasi menerusi program SOLS Academy of Innovation (SOLS.ai) mereka.

Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia, menyumbangkan cek kepada Raj Ridvan Singh, founder-CEO of SOLS 24_7 dan warga sukarelawan mereka.

“Sementara kami berusaha untuk terus menzahirkan solusi-solusi yang inovatif merentasi pelbagai industri, kami juga memikul tanggungjawab untuk menjadikan dunia ini lebih baik dengan bekerja bersama dengan komuniti di sekitar lokasi-lokasi 3M. Di 3M, kami percaya dengan kreativiti, kolaborasi, serta matlamat bersama, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan,” ujar En. Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia.

“Kami tersentuh dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh MySkills dan SOLS 24/7. Kami juga berbesar hati untuk menawarkan geran ASD$10,000 untuk membantu mereka meneruskan program-program yang penuh inspirasi dan untuk membantu pertubuhan tersebut mengimplementasikan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pasukan 3M Impact, lantas membolehkan entiti-entiti ini berfungsi dengan lebih lestari untuk membuahkan lebih banyak program bagi komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia,” jelas beliau.

Menerusi program 3M Impact, pasukan yang terdiri daripada warga 3M ini telah meluangkan masa selama dua minggu melalui kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan, perusahaan sosial atau agensi kerajaan di peringkat tempatan untuk menyumbang solusi bagi isu-isu sosial atau persekitaran yang serius. Sebelum dan selepas mereka meluangkan masa di lokasi berkenaan, pasukan-pasukan 3M Impact berkolaborasi untuk merangka pelan tindakan yang membolehkan rakan organisasi mereka mengecapi perubahan yang bersifat jangka panjang.

“Program ‘3M Global Impact’ ini telah membantu MySkills dari segi perolehan momentum untuk membolehkan entiti ini beroperasi dengan sendiri, ia merupakan ikhtisar bagi sumbangan yang diterima daripada khidmat perundingan pro-bono oleh 3M serta pasukan MySkills. Hasil program ini dapat dijelaskan dengan baik melalui pemupukan budaya keorganisasian yang diterapkan untuk tujuan kelestarian bagi organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung yang sedang menempah nama seperti MySkills,” ungkap Ketua Pegawai Eksekutif MySkills, Devasharma Gangadaran.

Beliau juga mengatakan bahawa 3M telah mendemonstrasikan sebuah model cemerlang yang mencerminkan kerjasama global serta sokongan komuniti, dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk mencetus impak dalam kehidupan belia Malaysia.

“Program 3M Impact telah memberi manfaat kepada organisasi ini kerana ia telah membantu kami merangka dan mengenal pasti faktor utama yang memberikan kami kelebihan daya saing di dalam pasaran ini, dan melaksanakan strategi yang membolehkan kami menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi kepada para pelanggan. 3M telah membantu kami untuk meneroka kaedah-kaedah baharu yang boleh mempersiapkan organisasi kami untuk berfungsi dengan lebih lestari dan menambah baik tahap kebolehgajian komuniti yang kami ingin membantu, mendidik dan memperkasakan,” ujar Danutcha Catriona Singh, Pengarah Urusan SOLS 24/7.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO