FESTIVAL FILEM BMW SHORTIES KINI KEMBALI BUAT KALI KE-12



Pelbagai aktiviti, filem dan muzik yang menarik menanti anda kerana BMW Shorties akan meraikan ulang tahun yang ke-12 pada tahun ini dalam usahanya untuk menerajui bakat-bakat pembikin filem dan kandungan digital di peringkat tempatan.



BMW Group Malaysia akan meraikan satu lagi tahun yang menjayakan sempena inisiatif mereka untuk menerajui landskap perfileman dan kandungan digital di dalam negara dengan Festival Filem BMW Shorties yang akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Disember 2018 di Tiffin Food Court, Petaling Jaya.

Festival filem tersebut akan menyaksikan salah seorang daripada finalis BMW Shorties 2018 dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama, bersama pemenang-pemenang bagi kategori sokongan yang lain, termasuk untuk Anugerah Pilihan Popular! Bagi mereka yang belum mengundi filem pendek kegemaran mereka, anda boleh membuat undian DI SINI. Sesi pengundian akan berakhir pada hari Jumaat, 7 Disember 2018.

Dihoskan oleh Adam Izzy, festival tersebut juga akan mengacara penyiaran filem-filem pendek yang dibikin oleh para finalis, dan sebuah panel perbincangan mengenai ‘Penceritaan untuk Penonton Filem Hari Ini’. Bukan itu sahaja, para pelakon dan kru filem GUANG, oleh Quek Shio Chuan, iaitu Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2011 juga akan hadir untuk sesi suai temu dengan para peminat dan penggemar filem.

Barisan kugiran muzik yang akan mengilap Festival Filem BMW Shorties 2018 ialah RYÖTJONES, Billie Blue & The Nowhere Men, dan Jaggfuzzbeats; serta Instalasi Seni Visual oleh Filamen, kolektif seni teknologi kreatif Malaysia, dan sesi sketsa oleh KL Sketch Nation.

Sajian makanan yang lazat di festival tersebut pula akan disediakan oleh Aiden Picnic, Beard Brothers’ Deli, The Bowls, Ground Control, dan ChaatWaala, berserta minuman yang dibawakan oleh Pernod Ricard dan Sjora.

Para peminat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang merangkumi cenderamata, termasuk kemeja-T BMW ‘Shor-tees’ edisi terhad, menampilkan rekaan yang menjuarai peraduan BMW ‘Shor-Tees’ diadakan pada awal tahun ini. Pelbagai barangan lain daripada Dockers dan Levi’s turut bakal menjadi rebutan!

Butiran mengenai Festival Filem BMW Shorties 2018 adalah seperti berikut:
Tarikh:
15 Disember 2018
Waktu:
2:00 petang sehingga lewat malam
Lokasi:
Tiffin Food Court
15, Jalan 13/6, Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya,
Selangor


Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Festival Filem BMW Shorties dan BMW Shorties 2018, layari www.bmwshorties.com.my, atau kunjungi laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram rasmi di www.instagram.com/bmwshorties.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!