KAT VON D LANCAR KOLEKSI KAPSUL LOLITA



Kat Von D Beauty melancarkan Lolita Capsule Collection, tiga cara baru untuk menggayakan rona/ shade yang menjadi pilihan ramai!

Lolita Eyeshadow Palette (RM160) – Dari “Besitos” (little kisses) ke “Corazón” (heart), palet ini menampilkan lapan rona matte yang diilhamkan daripada tona mawar Lolita. Ia juga didatangi dengan pembayang mata Lolita yang paling laris.

Everlasting Glimmer Veil Liquid Lipstick in Lolita (RM100) – Gincu cecair ini diformulasikan untuk memberikan gemerlap multi-dimensi dengan warna yang tahan lama.

Ink Well Long-Wear Matte Eyeliner in Lolita (RM90) – Celak Kat Von D Beauty yang berprestasi tinggi, tahan lama dan kalis air menampilkan rona Lolita buat kali pertama.

Kat Von D Beauty Lolita Collection (dijual secara berasingan) boleh di dapati mulai 11 Disember 2018 melalui Sephora App, 13 Disember 2018 di Sephora.my, dan 17 Januari 2017 di sema kedai Sephora.

Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS