KEMERIAHAN HUJUNG MINGGU DI PUTERI HARBOUR

Cuti sekolah kini tiba dan ibu bapa
pastinya mencari aktiviti menarik untuk anak-anak mereka. Apa kata, bawa seisi
keluarga ke Puteri Harbour Attractions
untuk menghadiri acara anjuran Astro, Fun Escapade yang buat pertama kalinya
diadakan di luar Lembah Klang. Acara tahunan selama dua hari ini akan
menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti
Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi. Selain
itu, terdapat juga pelbagai akiviti menarik untuk disertai anak-anak dan ibu
bapa. Alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di
SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama
dengan Astro dalam menjayakan acara Fun Escapade - Penampilan Khas di Johor di Puteri Harbour Attractions pada tahun
ini. Kami sentiasa mencari idea terbaik untuk menyediakan aktiviti-aktiviti
menarik untuk dinikmati seisi keluarga. Oleh itu, kami yakin bahawa aktiviti-aktiviti
ini pasti dapat menarik minat ibu bapa dan anak-anak mereka untuk cuti sekolah
ini, dan acara ini sangat bertepatan dengan objektif kempen “Come Out and Play”
yang baru kami lancarkan untuk menggalakkan kanak-kanak menjalani aktiviti menghiburkan
bersama keluarga,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan
Taman Tema, Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd
Mereka yang membeli pakej istimewa Family
Fun Weekend (Pakej Keluarga Play4Fun berharga RM418 atau Pakej Berkembar
Fun2Play berharga RM269) melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour akan menikmati persembahan muzikal
menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XTY Tong
Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. Selain itu, mereka juga akan
menerima Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di
SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN.
Lebih
menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade
dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan
foto.
“Kami sangat teruja atas penganjuran
Fun Escapade buat pertama kalinya di Johor dengan kerjasama Puteri Harbour Attractions. Sejak
diadakan pada 2014, acara ini sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak dan
ibu bapa mereka. Tahun ini, kami memilih Johor dan rakan kerjasama kami, Puteri
Harbour bagi meneruskan kemeriahan acara untuk seisi keluarga ini. Ibu bapa
bolehlah mengisi masa lapang anak-anak di musim cuti sekolah dengan membawa
seisi keluarga ke acara yang penuh dengan aktiviti menarik ini,” kata TH Chong,
Pengurus Kumpulan Penjualan Media di Astro.
Tiket juga boleh dibeli di kaunter tiket Puteri Harbour Attractions pada hari acara berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).
Comments
Post a Comment