PYROMUSIKAL MERIAHKAN AMBANG TAHUN BARU 2019 DI HONG KONG



Lembaga Pelancongan Hong Kong bakal menganjrkan acara pyromusikal yang luar biasa di Sambutan Countdown Tahun Baru 2019 di Victoria Harbour pada 31 Disember. HKTB akan menyediakan siaran langsung satelit untuk menyambut tahun baru bersama penonton dari serata dunia.  

Persembahan tersebut akan berlangsung sepanjang 10 minit di hadapan kaki langit Hong Kong yang ikonik pada detik tengah malam tahun baru. Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong akan memaparkan angka “2019” dan menyampaikan ucapan tahun baru kepada penonton global dalam pelbagai bahasa. 

Acara cahaya dan muzik akan mencapai kemuncak apabila pertunjukan “Celestial Kaleidoscope” menyimbah Hong Kong dengan pancaran cahaya berwarna-warni technicolor. Corak cahaya yang berubah-ubah akan mempersonakan lagi pesta visual dan muzik serta meningkatkan suasana perayaan di kawasan persekitaran. Segmen penutup persembahan bunga api bakal menampilkan 45 jenis bunga api dalam masa seminit, mempamerkan pelbagai corak yang pastinya menawan hati penonton.  

Pertunjukan bunga api di Victoria Harbour tersebut adalah dihasilkan oleh pemenang anugerah daripada Itali. Letusan cahaya di angkasa akan diiringi dengan koreografi serta muzik perayaan yang berunsur tradisional Cina.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sambutan Countdown Tahun Baru Hong Kong 2019, sila layari: www.discoverhongkong.com/countdown 

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA

SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA