REALME TAWAR KHIDMAT SELEPAS JUALAN MENYELURUH



Realme, jenama telefon pintar yang sedang menempah nama di Malaysia, juga jenama yang memberi penekanan terhadap penawaran telefon pintar berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan ini telah mengumumkan bahawa ia kini menawarkan bantuan selepas jualan yang menyeluruh. 

Dengan hanya satu klik di laman web rasmi jenama tersebut, peminat Realme boleh mencari pusat servis yang bertauliah di Malaysia untuk pelbagai solusi yang melibatkan perisian dan perkakasan, serta penyelenggaraan untuk semua peranti Realme. Bukan itu sahaja, peminat juga boleh menghantar e-mel, membuat panggilan, atau berhubung melalui laman media sosial serta laman e-dagang yang berkenaan.


“Sebagai jenama yang muda di negara ini, kami berbangga atas inisiatif kami untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan dengan sebaiknya agar kami dapat menambah baik kepuasan kepenggunaan pelanggan- pelanggan kami di Malaysia. Dengan penawaran bantuan yang menyeluruh, kami berharap ia akan dapat memperkukuhkan kepercayaan dalam kalangan pengguna terhadap produk kami, serta dapat memastikan pelanggan-pelanggan yang sedia ada memperoleh penjagaan yang sebaiknya. Tambahan lagi, atas penglibatan OPPO yang ditauliahkan oleh Realme untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan ini, kami berterima kasih kepada mereka lanjutan daripada sokongan yang diberikan,” ujar Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.

Para pengguna Realme boleh mendapatkan bantuan khidmat selepas jualan melalui pelbagai cara seperti dinyatakan di bawah ini:

  • Berhubung melalui e-mel di service.my@realme.com
  • Membuat panggilan melalui talian: 1800 818018. Talian tersebut boleh dihubungi dari 9:00 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari, kecuali pada hari Ahad dan cuti umum
  • Kunjungi mana-mana 21 pusat servis bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk bantuan pertanyaan, pemeriksaan peranti serta pengemaskinian perisian. Laman web Realme juga membolehkan para peminat mengesan semua lokasi pusat servis selepas jualan yang tersedia
  • Para peminat juga boleh menghubungi Realme Malaysia menerusi laman Facebook dan Instagram serta platform e-dagang yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan selepas jualan.

“Di India, laman rasmi Realme telah dikemaskini untuk menyenaraikan kesemua pusat servis bertauliah Realme, ia juga menampilkan sebuah fungsi yang memudahkan pengguna, iaitu ‘perkhidmatan Callme’. Fungsi tersebut melibatkan pengambilan dan pemulangan peranti milik pengguna secara percuma di India. Kami ingin membawakan perkhidmatan sedemikian di Malaysia kerana kami mahu menawarkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik bukan sahaja melalui produk kami, malah perkhidmatan kami juga,” jelas Teh.

Untuk maklumat lanjut mengenai Realme dan produk-produk telefon pintar mereka yang luar biasa, sila kunjungi https://www.realme.com/my/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING