U MOBILE LANCAR PELAN PASCA BAYAR UNLIMITED HERO P139



U Mobile menamatkan tahun ini dengan penuh keterujaan menerusi pengenalan pelan pasca bayar dengan nilai terbaik di pasaran yang akan mentakrifkan pengalaman data mudah alih pelanggan melalui data berkelajuan tinggi tanpa had, penstriman video berdefinisi tinggi tanpa had, hotspot 50GB dan 3GB data perantauan percuma di lima buah benua pada harga cuma RM139. 

U Mobile, syarikat telekomunikasi #barulahbest, membuktikan pengembangan pantas rangkaian 4G LTE ke seluruh Malaysia melalui pelancaran pelan pasca bayar terbaik di pasaran.

Pelan pasca bayar Unlimited HERO P139 akan meningkatkan penggunaan data dan pengalaman perantauan pelanggan kerana mereka boleh menikmati data berkelajuan tinggi, 50GB untuk hotspot mudah alih, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan penstriman video HD tanpa had, seterusnya dapat meningkatkan keseronokan gaya hidup digital harian mereka. 

Pelan Unlimited HERO P139 dipakejkan sekali dengan Roam-Onz yang menawarkan data perantauan 3GB di 12 buah negara kegemaran pelancong seperti Australia, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Singapura. 

Untuk meraikan pelancaran Unlimited HERO P139, U Mobile juga menambah pelan pasca bayar itu dengan Roam-Onz Global, satu perkhidmatan baharu yang melanjutkan data perantauan 3GB ke 24 buah negara lagi melibatkan lima buah benua. Ini sekali gus menjadikan destinasi data perantauan percuma kepada 36 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Perancis, Arab Saudi, United Kingdom dan Kanada. 

Penambahan destinasi perantauan akan memberikan pelanggan yang sering ke luar negara untuk bekerja dan bercuti ketersambungan yang lancar. Ini membolehkan mereka sentiasa terhubung dan berkongsi kandungan dengan lebih mudah, dan mempertingkatkan pengalaman perjalanan mereka tanpa kos tambahan. 

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, “U Mobile percaya bahawa kami ialah #barulahbest kerana kami sentiasa berusaha keras, dari mengembangkan rangkaian 4G LTE kami sendiri dengan pantas di seluruh Malaysia dengan teknologi terkini sehinggalah meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi pelan yang relevan dan menawarkan nilai terbaik, kerana kami tahu apa yang pelanggan mahukan.” 

Menurut Jasmine, pelan terkini Unlimited HERO P139 ialah contoh terbaik bagaimana syarikat telekomunikasi ini terus melangkaui sempadan untuk menawarkan lebih banyak potensi kepada para pelanggan mereka. 

“Para pelanggan kami tidak lagi perlu bimbang apabila menstrim rancangan kegemaran mereka dalam format HD dan mereka boleh menggunakan hotspot tanpa sebarang masalah dengan data sebanyak 50GB. Mereka juga boleh menikmati penerokaan tanpa had menerusi data perantauan percuma di lima buah benua. Sama ada mereka mengelilingi dunia untuk tujuan kerja, merakam pemandangan di Eiffel Tower atau merentasi jambatan paling panjang di China, kami percaya Unlimited HERO P139 ialah pelan pasca bayar yang terbaik di pasaran!” 

Sejak beberapa tahun lalu, U Mobile telah memulakan usaha pengembangan rangkaian 4G yang ekstensif ke seluruh Malaysia. Syarikat tersebut akan melabur lebih daripada RM5 bilion bagi memastikan para pelanggan mereka dapat menikmati pengalaman #barulahbest U Mobile menerusi lebih banyak tapak 4G LTE di seluruh negara untuk jangkauan yang meluas dan ketersambungan yang makin laju setiap hari serta pengalaman digital mudah alih tanpa had yang lebih baik. 

Bagi memastikan rangkaian ini memiliki teknologi terkini, U Mobile fokus untuk membina rangkaiannya sendiri untuk menyokong keperluan pelanggan dan sentiasa menyediakan pengalaman yang terbaik. 

Unlimited HERO P139 boleh di didapati di semua stor U Mobile di seluruh negara. Roam-Onz Global baharu akan dipakejkan sekali secara percuma selama 24 bulan dengan Unlimited HERO P139 kepada para pelanggan yang melanggan pelan tersebut bermula 5 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Unlimited HERO P139, sila layari laman web https://www.u.com.my/ 

Comments

Popular Posts