11STREET LANCAR KEMPEN ONG-SOME TAHUN BARU CINA



11street (www.11street.my), salah satu pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia mengalu-alukan kehadiran Tahun Baru Cina, sebuah perayaan pembawa tuah yang diraikan oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Sambutan ini juga menandakan bermulanya Festival Musim Bunga yang menjanjikan kekayaan dan nasib yang baik.

Bersempena Tahun Baru Cina yang dinanti-nantikan ini, 11street mengumumkan penganjuran Kempen ONG-some yang bermula hari ini, 15 Januari sehingga 31 Januari 2019.

Musim perayaan di Malaysia juga dikenali pembeli sebagai waktu yang sempurna untuk membeli-belah memandangkan pelbagai tawaran yang menarik serta pilihan meluas bagi item-item yang disediakan. Memahami kehendak pembeli, 11street telah mengambil setiap langkah agar Kempen ONG-some memberikan pengalaman membeli-belah ONG-some kepada para pelanggan. 

“Kami amat teruja diberi kesempatan bagi menyediakan pelanggan dengan potongan harga dan penjimatan yang besar sempena musim perayaan ini. Tahun Baru Cina merupakan musim yang membawa tuah dan tiada cara yang lebih baik daripada berkongsi kemakmuran dengan menyediakan tawaran terbaik kepada pelanggan kami. Selain itu, Kempen ONG-some juga memberikan kami peluang untuk memberi ganjaran serta menunjukkan penghargaan terhadap sokongan berterusan pelanggan 11street. Kami berharap agar tahun ini membawa kemakmuran dan kejayaan kepada semua. Gong Xi Fa Cai,” kata Ketua Pegawai Pemasaran 11street, Jenny Tay.

Mengikuti langkah kejayaan kempen-kempen terdahulu, para pelanggan sekali lagi berpeluang menyaksikan Tawaran Kilat ONG-some yang menawarkan harga menarik, serendah RM9. Di samping itu, turut disediakan pelbagai diskaun dan promosi dengan potongan sehingga 90% bagi kategori-kategori produk terpilih seperti Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, IT dan Mudah Alih, Barangan Elektronik serta Barangan Runcit dan Perkhidmatan. 

Pelbagai jenama dan produk-produk ONG-some mengambil bahagian dalam jualan murah musim perayaan ini dengan diskaun-diskaun istimewa yang ditawarkan oleh Unilever, SCC Marketing, WALL’S dan Jocom. Promosi ONG-some turut disediakan oleh Chloris's Petals, Dettol, Durex, Enfagrow & Sustagen, Eucerin, Eu Yan Sang, EZVIZ Store, FS Store, Garmin Official Store, Happy 21 Florist & Gifts, Jbao Store, Laneige, Mamypoko, Mono Digital, Mylo Trading, Nestle, Nivea, N4Camera Store, RB Health Store, Samsung Mobile, Samsung, Senheng, Sealey, Silky Trend, Soon Thye Hang, Super, The Chapter Two, Tools Depot, TROCA, UGEARS Malaysia, teh, kopi dan produk organik 888.

Sebagai tanda penghargaan istimewa sempena Kempen ONG-some, mulai hari ini hingga 31 Januari 2019, ahli-ahli 11street berpeluang bergembira menerusi permainan dalam talian “Pawsperity Cat” yang menawarkan ganjaran kupon harian, seterusnya menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan!

Lebih banyak yang anda beli di 11street pada Tahun Baru Cina ini, lebih banyak kemakmuran ONG-some yang dapat anda alami. Oleh itu, jangan lepaskan peluang bermain “Pawsperity Cat” hari ini di https://promotion.11street.my/2019/01/pawsperity-cat).

Bersempena Hari Valentine, kasih sayang pasti di udara apabila 11street menggalakkan pelanggan mengungkapkan rasa cinta menerusi Kempen ONG-some Love. Kepada pasangan yang sedang bercinta di luar sana, pastikan anda sentiasa peka dari 1 hingga 16 Februari 2019 kerana terdapat pelbagai jenama yang menawarkan potongan harga dan 11street tidak sabar untuk menyampaikan rasa cinta ke rumah anda.

Pelanggan kini boleh membeli-belah sempena Kempen ONG-some Tahun Baru 2019 dengan menuju ke laman (https://promotion.11street.my/ongsome-2019). Di samping itu, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi 11street.my menerusi iOS atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO