3M MALAYSIA PERKENAL NEXCARE DAILY HIJAB MASK
3M Malaysia memperkenalkan dua produk topeng muka yang baharu – 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask ke pasaran Malaysia.
3M™ Nexcare Daily Hijab Mask didatangkan
tali pengikat yang boleh disarungkan pada bahagian belakang kepala dan ia sesuai
untuk digunakan oleh orang ramai, terutamanya golongan wanita yang memakai hijab.
3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dirumus khas untuk wanita Muslim yang memakai hijab. Oleh kerana telinga pengguna dilitupi oleh hijab yang dipakai, ia menyukarkan pemakaian topeng muka yang konvensional memandangkan pengikat topeng tersebut hanya boleh disarung pada bahagian telinga. Dengan itu, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask merupakan solusi yang terbaik kepada masalah ini kerana ia membolehkan pengguna menyarung tali pengikat topeng ini di sekeliling kepala mereka dengan mudah.
Tambahan lagi, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask juga mempunyai tiga lapisan penapis yang memberi perlindungan terhadap partikel makro dan habuk dengan tahap keefisienan setinggi 95%. Tiga lapisan penapis tersebut merangkumi lapisan dalaman yang selesa untuk dikenakan pada bahagian kulit, serta lapisan penapis dalam bentuk gentian rawak yang dapat memerangkap partikel dan habuk, dan lapisan luaran dalam bentuk gentian yang lazim untuk menapis udara dan partikel bersaiz besar.
Topeng muka lut udara (breathable) yang ringan ini ideal untuk digunakan ketika anda berada berdekatan atau bersentuhan dengan bayi, berulang-alik menggunakan pengangkutan awam, atau apabila anda dijangkiti dengan demam atau batuk.
Sementara 3M™ Nexcare Carbon Mask pula mempunyai lapisan karbon aktif yang melindungi
pengguna daripada partikel bersaiz besar, habuk dan bauan.
3M™ Nexcare Carbon Mask ditujukan kepada para komuter dalam
kawasan bandar yang sering terdedah kepada kontaminasi seperti habuk,
pencemaran yang berpunca daripada kenderaan dan bauan. Ia mempunyai penapis
yang terdiri daripada empat lapisan yang meliputi lapisan karbon aktif di
samping lapisan dalaman, lapisan penapis dan lapisan luaran pada topeng
tersebut yang mampu menapis dengan kadar keefisienan setinggi 95%.
Lapisan karbon aktif ini bukan sahaja membantu menapis
bau daripada emisi ekzos kenderaan bermotor, ia juga sesuai untuk digunakan oleh
semua orang, terutamanya bagi mereka yang sering terdedah kepada persekitaran
yang tercemar seperti pengguna motosikal, komuter LRT, serta staf yang bekerja
di hospital atau kilang. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan jika anda perlu
mengunjungi kawasan yang berhabuk ataupun perkarangan bandar yang sibuk.
3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask
boleh didapati di farmasi yang terkemuka seperti Guardian, AEON Wellness,
Healthlane, BIG Pharmacy dan banyak lagi. Kedua-dua topeng muka ini juga boleh
didapati di 99 Speedmart, Ace Hardware, dan Mr. DIY. 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dijual pada
harga RM4.50 dengan 6 helaian dalam setiap pek, dan 3M™ Nexcare Carbon Mask
dijual pada harga RM4.50 dengan 3 helaian dalam setiap pek.
Comments
Post a Comment