50% KOLESTEROL SUSUT DALAM CABARAN 30 HARI



Pencarian pemenang Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS 30 telah berakhir. Tan Kim Chan dari Ipoh, Perak telah menamatkan Cabaran 30 Hari dengan mencatatkan 50% penurunan paras kolesterol dan menewaskan lebih 600 peserta lain dari seluruh negara untuk membawa pulang sebuah Perodua MyVi dan perlindungan insuran Allianz Life Insurance Malaysia Berhad yang bernilai sejumlah RM80,000.

Cabaran 30 Hari meneruskan misi NESTLÉ OMEGA PLUS dalam mendidik dan memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan insentif untuk meningkatkan kesedaran terhadap status kolesterol serta memupuk gaya hidup aktif dan diet yang sihat. Kempen kali ini berlangsung dari April hingga September 2018 dan dianjurkan menerusi jalinan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN), Allianz Life Insurance dan Yayasan IJN.

Pemenang ditentukan berdasarkan peratusan pengurangan paras kolesterol yang tertinggi. Ganjaran bulanan diberikan kepada peserta-peserta yang mencapai kadar pengurangan yang tertinggi pada setiap bulan. Pada penghujung cabaran ini, peserta yang mencapai keputusan terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.

“Saya tidak menyangka saya mempunyai masalah kolesterol tinggi kerana saya sentiasa bersenam dan mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu, pada pemikiran saya, paras kolesterol saya berada pada tahap yang baik. Tetapi, anak perempuan saya mengingatkan saya bahawa masalah kolesterol tinggi boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, saiz badan atau tahap kecergasan. Malah, dia juga menggalakkan saya menjalani pemeriksaan paras kolesterol di salah satu acara bergerak Cabaran 30 Hari,” terang Tan.

Beliau sudah lama tidak menjalani pemeriksaan kolesterol. Oleh itu, keputusan kolesterol setinggi 7.76 mmol/L (bacaan normal ialah 5.2 mmol/L ke bawah) merupakan kejutan yang amat besar bagi dirinya. Bertekad untuk merendahkan kolesterol dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk jantungnya, beliau kemudian menyahut Cabaran 30 Hari dan mula mengamalkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS.

“Saya mula mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Saya juga mula mengamalkan diet yang lebih sihat dan seimbang yang bermakna saya terpaksa berhenti mengambil makanan laut yang saya suka, di samping mengelakkan makanan berlemak tinggi. Selain itu, saya juga meneruskan senaman secara konsisten untuk kekal aktif,” tambah beliau.

Usaha cekal beliau akhirnya membuahkan hasil. Sewaktu pemeriksaan susulan, beliau sekali lagi terkejut dengan bacaan kolesterolnya sebanyak 3.88 mmol/L, iaitu bersamaan dengan kadar pengurangan 50% dalam tempoh 30 hari sahaja.

“Saya amat teruja kerana tidak pernah terlintas di fikiran saya akan jadi pemenang. Bagi saya, Cabaran 30 Hari amat penting untuk mengembalikan kesihatan jantung saya dan mendorong saya supaya panjang umur serta kekal sihat. Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila saya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama. Saya amat berterima kasih kepada NESTLÉ OMEGA PLUS atas usaha memperkasakan rakyat Malaysia seperti saya supaya mengambil langkah pertama untuk mengetahui paras kolesterol sendiri dan membuat pilihan yang sihat untuk jantung. Penjagaan jantung seharusnya bermula hari ini dan saya juga berterima kasih kepada anak perempuan saya atas peringatan dan sokongannya.”

Selepas menyertai Cabaran 30 Hari, Tan terus mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS dan mengawal dietnya. Beliau mengekalkan gaya hidup aktif dengan bermain ping pong dan badminton dengan kawan hampir setiap hari. “Hadiah kemenangan saya menjadi pendorong kepada ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menjaga kesihatan jantung mereka. Namun, hadiah yang benar-benar bermakna bagi saya ialah jantung yang lebih sihat serta kolesterol yang lebih rendah.”

Kolesterol tinggi, salah satu faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan satu daripada dua orang dewasa di Malaysia. Separuh daripada mereka berumur 40 tahun ke bawah. Walaupun realiti ini amat membimbangkan, hanya satu daripada lima rakyat Malaysia yang mengalami kolesterol tinggi menyedari status mereka.

“Perjalanan menuju jantung yang sihat bermula di hujung jari kita. Melalui ujian darah yang mudah, kita mampu meningkatkan kesihatan jantung kita. Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS merupakan cara kami meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada pemeriksaan kolesterol, dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap status kolesterol serta mencabar pelbagai tanggapan salah berkaitan kolesterol,” jelas Kumaran Nowuram, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestlé Products Sdn. Bhd.

“Kami berbesar hati dengan sambutan yang diterima untuk cabaran ini, dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta kerana menjadikan NESTLÉ OMEGA PLUS rakan kesihatan jantung yang dipercayai. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Kim Chan atas kejayaan beliau, dan berharap kisah beliau ini akan memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk menjaga kesihatan jantung mereka.”

Sebagai peneraju kesihatan jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersikap proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka melalui pengurusan paras kolesterol. Pemeriksaan kolesterol secara tetap merupakan langkah pertama dalam pencegahan kolesterol tinggi. Perjalanan ke arah kehidupan lebih sihat bermula dengan perubahan-perubahan kecil dari segi tabiat dan gaya hidup.

Di samping diet yang sihat dan senaman secara tetap, pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS yang mengandungi 1.2g sterol tumbuhan dan omega 3:6 dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan jantung seseorang, kerana bahan-bahan ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan paras kolesterol secara berkesan serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

Comments

Popular Posts